Showing posts with label #sebabakusabrina. Show all posts
Showing posts with label #sebabakusabrina. Show all posts

Thursday, 9 February 2017

Dapur Terbakar

Google's ( Ina tak sempat berselfie time dapur terbakar)

Hai assalamualaikum,

Alkisahnya Ina merupakan seorang ex pelajar sekolah menengah yang dulunya menduduki SPM. Hari-harinya diisi penuh dengan berada di dalam bilik. Jika dia lapar, dia akan pergi ke dapur. Dia akan keluar untuk kemas rumah sahaja. Begitulah kehidupan biasanya.

Sehinggalah......................................

Ehem, okay here is Ina, who just come back to a normal person.

Lepas SPM ni, Ummi berhajat untuk mentransformasikan Ina daripada seseorang yang tak sebegitu cukup sifat keperempuanannya kepada seseorang yang cukup sifat sebagai gadis melayu terakhir. Tinggi betul harapan Ummi dekat Ina, tu lah masalahnya.

Jadi, lepas SPM ni, kerja Ina kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, semua kerja rumah lah, rasanya dah macam jadi pembantu rumah pun ada :') Sampai lah dengan memasak sekali Ina yang buat. Semua orang kat rumah panggil Ina orang dapur (benci gila).

Dulu kerja Ina memang belajar je. SPM katakan. Errr. So, selepas setahun tak menjengah ke dapur, bila Ina pergi dapur, adik Ina akan cakap ;

" Woiiiii tengok semua!! Kak Long pegang blender!!! "

" Lihatlah dunia!! Kak Long sedang memasak! "

" Ni Kak Long ke, hantu jelmaan dia?! "

Ya Allah, selamatkan lah aku daripada adik2 yang pelik ni

Nak dijadikan cerita, suatu hari yang sunyi buat insan yang bernama Ina, bertukar menjadi kacau bilau! Ina tengah panaskan minyak. Buat sementara waktu, Ina pergi lah potong bawang merah, & seangkatan dengannya. 

Tup tup bila Ina pandang dapur, api dah naik sampai siling rumah! Ina pun panggil lah Danish. Paling best sekali bila tengok dia tengah pakai earphone! Ina pun berhuhuhuhu je lah. 

Ina mampu menangis je masatu. Dalam kepala fikir kalau rumah terbakar ni, mati aku kena marah ummi & walid. Lepas ni, nak tinggal kat mana? Habislah Ina.

Dengan berkat Allah, akhirnya api tu reda :') Tapi masatu menggigil gila weh!! Macam trauma pun adaaaa

Alhamdulillah, langsir je yang terbakar!  T-T Kalau tak, habis ummi walid balik rumah dah terbakar hahhahaha


Kepada bakal suami saya, insyaallah rumah kita nanti tak terbakar ye hahahah. Saya dah belajar dari kesilapan. 

Bye assalamualaikum

Thursday, 2 February 2017

LOOK WHO'S BACK

Hai assalamualaikum everyone!! 

Siapa rindu Ina?! Angkat tangan!! *Menyampah gila weh nak feeling artist pulak* 
Tangan jatuh.

So, cerita dia SPM habis bulan November 2016. Ni dah February 2017. Cerita panjang dia malas. Cerita pendek dia, malas jugak. 

Maybe a hi from you guys?

"Ina, macam mana SPM? Okay?"
"SPM was fine *muka tenang gila*"
"But I wasnt! How dare you ask me that question?! Shut up"
Sorry, owner blog ni emo gila lepas habis jawab SPM. 

Disebabkan hidup Ina semakin cerah hari demi hari tanpa sekelumit gangguan daripada suara-suara buku latihan, so Ina decide untuk taburkan rasa kegembiraan Ina dalam blog ni. Siapa perasan Ina dah tukar design blogggggg??? Siapa tak perasan, ketiak dia busuk.

Well, I am no longer a pinky woman you guyssss :p Tapi, Ina kena admit yang blog ni tak boleh hidup tanpa warna pink. Tapi, disebabkan rasa bertimbang rasa tu menebal dalam diri, Ina just bayangkan kalau seorang lelaki melangkah ke blog Ina. Hm? Nak ke dia sentuh & gerakkan cursor dia lepastu & harungi lautan yang penuh ke-pink-an sangat? 

Ina private blog Ina sebelum ni untuk beberapa minggu untuk edit blog. Kira nak bagi suprise lah *menyampah angat*. Tiba-tiba, berkat nak suprise kan orang, bertukar jadi bala. Ina punya follower widget rosakkkk!!!!! Bayangkanlah, kau dah gigih berpenat lelah & bersengkang mata edit blog, tiba-tiba follower widget rosakkkkk


Ina tekan Ctrl+F cari apa yang tak kena *gaya ala agent CIA selesaikan masalah*. Ina harungi pulau-pulauan yang penuh dengan kod yang tahapehape. Sampai satu tahap, Ina buat keputusan untuk delete semua kod & gantikan dengan original template. And suprise!! Follower widget Ina still rosakk, Masatu, Ina cuma boleh berhehehehehehehe je ;) 

Lepas Ina siap edit, Ina search dan buat pemerhatian dengan kes pelik yang Ina alami ni. Ina search google. Tapi semuanya dusta. Ina dah nekad nak contact blogger-blogger otai dengan kes fobia yang Ina alami ni (Woih siapa tak fobia wehh. Kalau tak fobia, Ina bagi dia singgit). Then, Ina unprivate blog.. 

rupa-rupanya
Rupa-rupanya
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA
RUPA-RUPANYA

Follower widget memang tak berfungsi kalau kita uprivate blog. Masa tu, sambil smirking, Ina hanya mampu berkata "Mission Complete (emoji pakai cermin mata hitam)"


Maka, nak dijadikan cerita ni lebih menarik, Ina dengan bangganya telah hilang semua bloglist, sebahagian je jumpa T-T. Jadi, Ina nak minta tolong siapa yang dulu dia dalam bloglist Ina, tolong comment or letak link dalam chat box.. Ina akan letak korang punya link balik.. ;)) 

Bye, assalamualaikum. 

p/s: I went to SK Kampong Endah to teach them kawad! I guess this is the last time I wear krs uniform. How sad ;'( 

                                  ......Me ft awkwardness.....

Ok dah tatatititutu

If u have any suggestion what should I post, feel free to comment on my cbox, comments, email & others. Tq! :*

Friday, 13 May 2016

Best Student Award 2015


Priceless
-I come here for a second because of this momentous event in my life story-

Woahhhh hye assalamualaikum everyone! 

2 minggu sebelum hari kecemerlangan ada sorang cikgu jumpa and mintak ina punya senarai pencapaian kokurikulum dan akademik. Tu benda biasa. Tapi, apa yang luar biasa, bila cikgu tiba-tiba mintak biodata Ina. I was like? Oh my god, kenapa, apa, dan bagaimana. *padahal dalam hati berbunga-bunga*

Masatu Ina dah dapat instinct mungkin aku kot jadi tokoh akademik/tokoh kokurikulum? Mungkin. Tapi benda tu Ina tak riuh satu kampung lah, sebab benda macam ni kan sulit. Haa nanti ada pulak yg cakap, sabrina tak layak lah, pebende lah. Haa nak je aku tampo orang mcm ni. Dia pike dia layak (tetibe emo ni kenapa hahahha)

Seminggu lepas tu, Ina dapat surat jemputan untuk Hari Kecemerlangan Pelajar untuk terima Tokoh Pelajar 2015. Ina macam @#$%^&* sebab benda ni Ina tak expect langsung akan jadi.

Ina aktif koko sebab untuk enjoy and suka2 je. Tapi, masatu, sukanya terover gila sampai 3 bulan tak masuk kelas beb, dengan bangganya. Ni -> KamBek. Saat tu lah, Ina tahu, orang akan expect Ina untuk jadi budak terbodoh dalam kelas hahahha sebab tak cukup belajo. Tapi, Ina admit, Ina struggle (lah jugak) masa end year test sampai gastrik kot sebab stress, padahal lupa makan je.

Tapi, apa-apa pun alhamdulillah for everything. Ina gila rasa nak ucap terima kasih dekat cikgu yang pilih Ina jadi tokoh pelajar sebab sejujurnya Ina dengan cikgu tu tak rapat langsung, cuma Ina pernah lah bekerjasama dengan cikgu time join pertandingan. Tapi, siapa sangka, cikgu tu lah yang pilih Ina :') 

9th May, 2016

Just knew that ive to give a speech, sketch it in less than 5 mins :'( 



KRS SMKTPG ♥ 


with Tokoh mithali + math & add mt best subject student

baru-baru ni cikgu ada mintak Ina untuk kasi 'hasil karya' <- nama tak boleh blah) untuk cikgu masukkan kat dalam buku majalah sekolah. Tu pun kalau TERPILIH. Ni konon nak promote lah kononnya. Mana tahu ada yang nak beli ke majalah smktpg.

Ni dah dapat feeling kene reject ni, sebab panjang beno takut tak de orang nak baca.

Next week exam. Killer week. Tapi tak sedar diri lagi. 
Tolong doakan kejayaan Ina :)) 
Okay, bye assalamualaikum.

THANK YOU Alhamdulillah, thank you to everyone,
Pihak sekolah, cikgu-cikgu yang pernah ajar Ina,
Cikgu Norliah,cikgu Azai, teacher Norimah, cikgu Halini,
 cikgu Rita, cikgu Rosmawati, cikgu Izyan, cikgu Arifah, ustazah Aini,
my love, walid, ummi, myrock danish, cameliot, wan,
and kawan-kawan. Thank you ♥ 

Monday, 24 November 2014

2 Tahun Blogging

Hai assalamualaikum,

2 Tahun Blogging - Ina baru teringat bulan November ni, genap blog ina berusia 2 tahun! Ina tak tahu nak kata apa, terdiam seribu bahasa. Ina sedih sebab ina rasa sekejap je 2 tahun tu, berlalu. Tiba-tiba je wow! dah 2 tahun dah! Ina happy juga sebab setakat ni, ina bangga dengan pencapaian blog ina. Ina sayang gila dengan blog ina.

Melalui entry anniversary blog ina tahun lepas , ina ceritakan pengalaman ina jadi blogger selama setahun. So, untuk anniversary blog ina kali ni, ina ingat ina nak share kan tentang fokus blog ni.

Dulu, masa ina newbie, ina excited gila nak share dekat semua tutorial untuk blog sebab ina tengok dengan cara macam tu, blog macam best je. Maklum lah, masa tu ina tengah adore gila dengan Kak Lyssa Faizureen ! Siapa tak kenal kan, blogger comel kak lyssa kita.

Jadi, ina pun dengan gigih sepenuh hati, try fahamkan code-code, hari-hari ina post kan tutorial. Tak percaya? Boleh tengok blog archieve ina tahun lepas. Memang penuh dengan tutorial je. Tapi, bila lama-lama ina rasa, dapat penat je. Hasilnya, tak seberapa.

Masa tu, ina fikir buat apa ina nak share benda yang dah sedia ada kan? Masa tu pulak, baru terbuka mata ina yang punya lah ramai blogger share tutorial untuk blog.

Melalui daripada hari tu, ina dah stop share tutorial untuk blog. Ina cuma share entry personal ina je.

Sampai lah satu hari ni, ina blogwalking di blog Abang Hasrul Hassan . Ina menelaah satu persatu butir di blog abang HH. Ina ingat lagi abang HH cakap, benda yang membuatkan sesuatu blog tu menarik bila dia tulis pasal kelebihan diri dia atau kekurangan.

Ina pun fikir lah apa kelebihan ina. Kadang-kadang ina tertanya jugak, "Apa kelebihan aku? Aku ada kelebihan ke?" Sampai lah satu tahap ni, ina baru tergerak hati pasal gitar & ukulele. Alhamdulillah, ina dah post kan video pertama ina sebagai satu permulaan.

Yang kedua, ina try fokuskan blog ina kepada movie online sebab ina tengok keywords blog ina, datang daripada movie online.


Walau macam mana pun, ina tetap kekalkan entry personal dalam blog ina. Cuma kadang-kadang terselit tips-tips. Ina tak tahu lah, ina suka share kan tips-tips di blog ina ^^ 

Akhir sekali, ina nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengunjung blog ina.. Tak tahu macam mana ina nak balas balik jasa korang semua. Tanpa semua, ina mesti tak de semangat dalam dunia blog ni. Terima kasih banyak-banyak. Tolong doakan ina lebih maju dalam dunia blog ni ye.. :) 

Monday, 18 November 2013

Dah setahun Ina berblogging.

Assalamualaikum .

Selamat pagi :D Mulakan hari anda dengan senyuman :) Jangan monyok je. :3

Alhamdulillah. Tak sangka blog Ina ni, dah beroperasi selama setahun. Rasa macam baru semalam Ina jadi blogger.

Masa mula2 , Ina tertarik menjadi blogger sebab tengok ada beberapa kawan Ina yang suka share cerita dekat blog. Jadi, Ina pun cubalah sign up, dalam hati ni, Apa aku nk buat?  Nak cerita apa? Ada cerita ke? 

Ina ingat lagi pengalaman ketika mula2 berblogging dulu. Rasa lucu sangat. Kalau korang tahu pun, mesti korang kata " Dik, biar betul ni? " Hahaha serious.

Cerita Ina, bukan orang lain.
Sebenarnya sebelum sebabakusabrina ni beroperasi, Ina ada lagi blog lain masa Ina form 1. Tapi blog tu dah delete dah atas sebab entri2 yg merapu tahap maksimum. Tapi, bila dah delete, rasa menyesal pulak. Habis kenangan macam tu je. Tapi, nak diapakan, benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur, kan.
Entri zaman dulu
Apa2 pun, masa Ina first time berblogging lain sangat. Tulisan warna-warni. Tulisan Kecil sederhana besar tak kesah. Background pelangi. Maklum lah, terlampau ghairah berblogging.

Entri merapu ?
Ina juga suka letak entri-entri merapu. Tapi, bagi Ina, merapu pun, cerita Ina. Kalau diyorang tak suka tak pe lah, ni blog Ina, cerita Ina. Merapu tak merapu, tu lain cerita. Yang pnting , Ina jadi diri sendiri. Ina share cerita Ina sendiri.
Design blog
Dulu, Ina pun suka menghias-hias blog ni. Walaupun masa mula-mula, satu kod pun Ina tak tahu. Kawan Ina yg editkan blog Ina. Tapi, Ina usaha sendiri, lama-lama dah pandai sikit2. Akhirnya, alhamdulillah, inilah blog Ina sekarang.

Header yg Ina buat masa mula2 dulu ;

  


Tutorial
Tutorial ni, ambil masa untuk Ina belajar. Ini, pun sebab Ina selalu edit blog. Jadi, ada lah, 'ter'hafal beberapa kod, <center> , <br> , <div>  tahu sikit-sikit je. Yang lain, Ina kongsikan sebab Ina pernah buat. Like fanpage misalnya.

Freebies
Ina akui freebies yg Ina bagi, tak lah cantik mana pun. Tapi, masa awal-awal berblogging dulu, Ina buat header guna photoscape je. Kadang2 , cari je kat Google, mana yg lawa, tempek lah kat blog sebagai header. Janji Ina suka ^^

Followers
Ya allah, Ina tak sangka followers Ina dah 1k . Bagi Ina, tu bukannya bilangan yg kecil. Masa Ina mula2 berblogging dulu, tak de siapa nak follow blog Ina. Ina tak reti nak follow orang. Ina tak reti macam mana nk letak jejak dekat cbox.

Masa Ina dah dapat 500 followers, Ina dah bangga sikit dah. Dalam hati, *wahh tak sangka betul*. Tapi tu dulu. Sekarang, Ina bersyukur apa yg ada. Walaupun, followers blog org lain, beriban-riban , Ina tetap teruskan brblogging. Ini baru permulaan.

Giveaway & Segmen
Masa awal2 dulu, giveaway dgn segmen pun Ina tak tahu.Nak join tak tahu. Macam mana nk tgk pemenang , Ina tak tahu. Tapi, sekarang alhamdulillah, Ina dah buat giveaway dan segmen sendiri. Masa mula-mula memang takut2, bila dah lama2 , Ina terbiasa. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Perkara yg paling menggembirakan bila menang hadiah. Tak kira lah kecil, besar mana hadiah tu, kan.

Fanpage
Alhamdulillah, Ina dah ada fanpage sendiri. Dulu, Ina pelik kenapa kena ada fanpage. Rupanya fanpage ni penting. Kalau org nak sponsor, nk mintak tolong dengan kita, mesti pm fanpage kita.

Bila Ina jadi sponsor
Yeayyy. Alhamdulillah, Ina dah jadi sponsor. Mula2 , tak tahu nak sponsor apa. Sponsor tu macam mana ? Tapi, sekarang, Ina dah sponsor topup. Kalau tak de bajet sgt, buatlah review blog. Tapi, kalau buat review blog, jangan jadi kedekut sgt. Buatlah review blog 5 org ke. Hehehe ^^ Cuma belum pandai pos mengepos ni. Tak de duit pulak nak pakai pos ni. ^^

So? Macam mana ? Permulaan Ina, bukan lah senang. Masa mula-mula ramai yg kutuk Ina, kata blog buruk, diyorang kata entri tah apa2 entah. Biasalah tu. Kalau orang tak nk kita naik, memang dia akan cuba sedaya-upaya jatuhkan kita . Kita tak boleh percayakan semua orang. Kadang2 , ada yg bertopeng-topeng belakang kita ni. Dia dengki dengan kita.


Lastly, Ina bersyukur selepas berjaya menceburi dunia bloggging. Ina buat ramai kenalan. Kami macam kawan dan keluarga. Walaupun, umur yg jauh berbeza, tapi masing-masing dapat menyesuaikan diri.

Terima kasih semua ♥ Tolong doakan Ina lebih berjaya dalam dunia blogging.

Blogger yg tetap tersenyum walau dugaan menimpa. 

Hahahaa perasannya :p

Apa yg penting sekali dalam dunia blogging bukan sebab entri dia best , bukan sebab dia comel, bukan sebab dia cantik , bukan sebab dia kaya , tapi sebab dia yakin. Jangan cepat berputus-asa. Pedulikan apa org kata. Dia dengki dengan kita. 





Bye. Assalamualaikum :)