Sunday, 23 November 2014

First Videoooo

Assalamualaikum hai semuaaa

Gementar gila ina nak share video pertama kat semua ni haha >< First time katanya :p Apa-apa pun ina minta maaf dengan semua sebab ina belum upload lagi video tuto ina untuk main ukulele. Sebenarnya, ina dah buat, tapi video nya panjang sangat lah pulak. Nak tak nak, kena lah buat video baru sebab kena reject..

Fokus kepada topik ina kali ni.. Ehem! Untuk first video ina di blog ni, ina ada nyanyi kan satu lagu untuk semua. Nak tahu lagu apa? Cuba tengok..

video 

Ina minta maaf sangat2 kalau ada yang tak memuaskan ke apa.. Sejujurnya ina memang rasa gugup sikit sebab ni kali pertama kan.. Hehe ^^ Muka ina nampak pucat sikit sebab ina rasa camera laptop ni ..

Sebelum tu, nak tengok tak Behind The Scene lagu ni.. Haha antara video yg ina buat tp tak jadi :p Bila tengok, tergelak pun ada xD 

video

Bye, assalamualaikum 

p/s: Ina akan update video tutorial main ukulele dalam masa yg terdekat ni.. Insyaallah lagu yg akan ina pilih lagu Pencuri ^^ 

Tonton & Download Kelibat Full Movie




Saturday, 22 November 2014

Kena Gelak Bila Cakap English

Assalamualaikum & selamat pagi blogger-blogger sekalian,



Ina ada sorang kawan india ni, gobi namanya. Dia memang professional gila kalau cakap english ni sebab english memang bahasa gobi di rumah. Ina memang belajar english dengan dia.

Satu benda yg paling respect dengan gobi ialah even ina ni macam kura-kura belajar english, dia tak pernah gelakkan ina even english ina terabur macam puting beliung ke apa.

Tapi, ina sedih lah bila satu hari tu, ina jalan dengan gobi sama-sama. Kitorang pun cakap lah english sama-sama. Perkara biasanya yang orang selalu kata bila kitorang cakap english:

1. Gelakkan
Kau tak payah lah nak cakap english sangat. Ni negara Malaysia. Bahasa Melayu bahasa ibunda kita. Kenapa kau perlu agungkan bahasa Inggeris sedangkan ia bahasa penjajah?

2. Mempertikaikan umpama kau ni buduh
Tok sah lah kau nak tunjuk pandai cakap english ni. English test bukan dapat A pun. Bajet je speaking english

Ina sedih lah juga bila dengar semua ni. Kadang-kadang ina terfikir, kalau semua orang terfikir benda yang sama macam ni, macam mana negara kita nak maju kalau semua orang sibuk mengutuk bila seseorang cuba untuk melangkah maju setapak ke hadapan?

Maksud ina, bahasa inggeris ni penting kan. Walid ina dah berjuta kali pesan, "belajar bahasa inggeris, belajar bahasa inggeris, dekat universiti semua orang cakap bahasa inggeris". Bila ina dengar macam tu, ina pun terkejut lah. Macam mana ina nak bergaul dengan orang kalau ina tak pandai cakap dalam bahasa english?

Sebab tu lah, ina nak mula daripada sekarang. Tapi, disebabkan dengan geng-geng yang cakap macam tu, haisy patah juga lah semangat ina.

Sedih, sebab sepatutnya, diyorang jadi lah macam padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Ataupun, kalau tak suka pun, diam je lah, tak payah nak judge orang. Tak perasan ke yang kata-kata lebih tajam daripada mata pedang?

Thursday, 20 November 2014

Perempuan Bukan 'Awek'

Assalamualaikum



Aku dah lama usya "awek" tu, lawa ohh -Ali

Ina tak tahu lah, tapi sejujurnya, ina tak suka lelaki panggil perempuan 'awek'? Ina rasa perempuan memang tak patut digelar awek. Sejujurnya, awek ni menunjukkan perempuan ni macam murah.  

Sama jugak lelaki yang suka buat bunyi cencorot a.k.a tikus untuk panggil perempuan. Serious, ina memang tak suka sangat.

Actually, kalau nak mengurat pun, guna lah taktik lain. Kalau korang guna taktik tu, confirm perempuan mesti makin benci.

Sebagai perempuan, korang pernah tak dengar mana-mana lelaki panggil perempuan awek atau bunyi cencorot tu? Apa perasaan korang?

Tuesday, 18 November 2014

Tutorial Main Ukulele

Assalamualaikum & selamat pagi..

Disebabkan cuti yang terlalu lama dan membosankan, ina rasa ina nak share kan kepada semua macam mana nak main ukulele. Tahu tak, ukulele tu apa?

 

Yang atas ni lah ukulele.. Adik beradik dengan gitar, cuma dia kecil sikit je.. Senang cerita, kalau tak pernah tengok, mesti semua tahu kan, lagu Tegar yang hot tu, Aku Yang Dulu, Bukan lah Yang Sekarang. Tahu, kan.. Okay, Tegar nyanyi lagu tu, pakai ukulele lah.. 

Jadi, ina dalam perancangan nak share kat semua macam mana nak main ukulele. Sebelum ni, ina terfikir nak share tutorial main gitar, tapi ina rasa ramai je orang yang pandai main gitar. Ina jarang pula tengok orang main ukulele.. hehe. 

Apa beza ukulele dengan gitar? Orang selalu tanya kat ina macam tu.. Antara beza ukulele dengan gitar: 
  1. Saiz ukulele lebih kecil daripada gitar, ukulele lagi senang dibawa ke mana-mana
  2. Pada pendapat ina, bunyi ukulele lagi sedap daripada gitar (just pendapat ina) 
  3. Ukulele ada 4 tali, gitar ada 6
  4. Ukulele lagi cute
  5. Ukulele lagi senang main daripada gitar
Itu lah antara perbezaan antar ukulele dengan gitar.. Sekarang ni, tengah terfikir nak share kat semua nak main lagu apa..

Apa-apa pun, sekarang ina tengah dalam process buat video untuk tutorial ni.. Jangan lupa tengok tau hehe! :D

Selamat bersarapan,
Bye assalamualaikum :) 

Monday, 17 November 2014

Pujuk Girlfriend Pakai iPhone 6

Assalamualaikum,

 

Baru-baru ni, ada isu hangat di Twitter tentang seorang lelaki ni, pujuk girlfriend dia pakai iPhone 6. Masa ina tengok, sejujurnya, ina cuma cakap perempuan tu untung je lah. Tapi, makin lama ina tengok makin ramai yang bash mengenai hal ni. 






Ina tak tahu nak komen apa. Bila ina tengok orang bash, ina diam je lah. Ina sebenarnya malas nak bash orang ni, ina pun bukannya bagus sangat.

Apa pandangan korang?
Kalau korang ada di tempat perempuan tu, apa perasaan korang?
Sebagai orang luar yang melihat, apa pendapat korang?
 

Kawan Lebih Penting Daripada Keluarga

Assalamualaikum,

"Kawan lebih penting daripada keluarga" -Ropeah

Percaya atau tak, ada segelintir kawan sebaya ina pernah cakap macam ni. Tak sangka kan, seorang anak, umur  15 tahun, baru form 3, mengeluh tentang keluarga sendiri dan menyatakan bahawa dia lebih memerlukan seorang kawan daripada keluarga?

Sebagai seorang kawan, ina pun sedih sangat bila ayat ni boleh terpacul daripada mulut kawan ina sendiri. Kalau ina yang sebagai kawan ni boleh sedih dengan apa yang dia katakan, ina tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa kawan ina kalau mereka dengar ayat ni. Mesti terguris hati mereka.

Bila diperkatakan begitu, ina tanya. Sebab apa?

Melalui apa yang hamba Allah ni ceritakan, ina dapat tangkap sedikit punca kenapa hamba Allah ni, sanggup cakap macam tu.

Pendengar setia
Sebagai anak, ina mengaku ina memang perlukan seorang pendengar setia untuk dengar isi hati ina.. Kadang-kadang apa yang ina rasa perlu dikongsi dengan orang lain. Kalau bukan dengan ummi & walid ina, siapa lagi yang ina boleh cerita? Alhamdulillah walid & ummi ina memang seorang pendengar setia yang sangat baik.

Mungkin nampak benda ni macam remeh, tapi sebenarnya benda ni amat besar untuk kami. Bila kami dapat luahkan sesuatu kepada ibu bapa, kami rasa seperti dihargai kerana ada orang yang mengambil perhatian tentang kami.

Apabila ibu bapa tiada di sisi anak-anak untuk jadi pendengar setia, kawan akan jadi tempat utama anak-anak luahkan sesuatu masalah dan berkongsi cerita. Lama-lama hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan jadi renggang dan anak-anak lebih rapat dengan kawan.

Teman bila kita jatuh
Kadang-kadang bila kita gagal dalam sesuatu perkara tentunya kita akan sedih. Sebagai anak, selain daripada mempunyai seorang pendengar setia, anak-anak juga perlu ada seorang pembangkit semangat untuk naikkan balik semangat mereka.

Kata-kata semangat memang betul-betul berharga untuk kami sebagai anak untuk bangkit semula. Kami akan kuat bila ada seseorang yang menjadi penyokong kami. 

Appreciate benda yang kita buat
"Family aku, aku ada ke, tak de ke, sama je. Bukan kesah pun". Ina pun sedih sangat bila dengar dia cakap macam ni.  

Sebagai anak, ina memang gembira sangat bila benda yang ina buat dihargai oleh ummi & walid ina. Kadang-kadang mungkin benda yang ina buat tu, bagi ina kecil, tapi punya lah bahagia hati ina bila dapat pujian-pujian daripada ummi & walid ina.

Ada masa untuk kita
Melalui cerita daripada kawan ina, dia kata yang family dia selalu tak ada masa untuk dia. Dia rasa lebih seronok berada bersama kawan berbanding daripada keluarga dia sendiri sebab dia rasa kawan sentiasa ada masa untuk dia.

---------------------------------------------------------------------------------

Ina sedih bila dengar kawan ina ceritakan benda macam ni kat ina. Ina bersyukur sangat sebab Allah kasi ina, ummi & walid yang selalu dan sentiasa memahami ina, ada masa untuk ina dan bagi perhatian untuk ina. Ina tak sangka ada segelintir orang yang tak dapat rasa apa yang ina rasa sekarang ni.

Ina minta maaf sangat2 kalau entry ni, kecilkan hati sesiapa. Ina bukan memandai-mandai, sebagai anak, ina cuma nak kasi opinion ina tentang ibu bapa. 

Apa-apa pun, ina selalu doakan supaya kawan ina sedar dan fikir balik dengan apa yang dia cakap. Ina harap dia akan ubah fikiran dia. Walaupun mungkin ibu bapa dia macam tu, tapi ina rasa tak salah kalau dia betulkan balik apa yang sepatutnya & cuba rapat dengan keluarga. 

Bagi ina, masa remaja ni lah, masa untuk kita dengan keluarga. Ye lah, lepas ni, ina kena pergi belajar jauh-jauh. Tak tahu lah ina dapat jumpa family berapa kali seminggu. Atau berapa kali sebulan? Atau berapa kali setahun?
 

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum dan hai!

Setelah selesai tajuk Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka , tiba-tiba ina terfikir pulak nak share apa pula ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka? Ye lah, takkan perempuan je ada taste kan, lelaki pun mesti ada kan.

Mungkin anda semua pernah baca tentang entry yang berkenaan seperti ina di blog lain. Tetapi, kelainan untuk blog ina, ina 'interview' beberapa orang kawan-kawan lelaki ina sendiri. Punya lah tak malu kan ina ni. Hahaha salahkan semangat ina yang menggunung untuk buat entry ni.

Mungkin ada sesetengah pendapat yang mengatakan "Lelaki, semua nak cantik je". Kata-kata yang sering diperkatakan di setiap bibir perempuan kalau cakap tentang taste lelaki ni. Tetapi, apa kata kita tengok betul ke lelaki suka perempuan yang cantik je? Kita tengok jawapannya di akhir entry.

Antara ciri-ciri perempuan yang lelaki tak suka :

Terlalu sosial 
Majoriti lelaki yang ina tanya, ramai yang jawab mereka tak suka dengan perempuan yang terlalu sosial. "Kalau 24 jam nak layan laman-laman sosial tu takde benda ke lain ke nak buat". Memang mendalam betul ayat ni.

Hipokrit
Majoriti juga menunjukkan yang kebanyakan lelaki benci bila perempuan bersikap hipokrit. Lelaki sebenarnya lebih menyukai perempuan yang bersikap jujur. Contohnya, jika perempuan mahu pergi keluar bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada lelaki, berterus-terang kepadanya. Tidak perlu mereka cerita yang anda ingin pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama rakan.

Mungkin tujuan perempuan adalah untuk mengelakkan lelaki itu daripada cemburu, tetapi hakikatnya, lelaki lebih sukakan sikap jujur dan tidak menipu. 

Pegangan agama yang tak kukuh
Kebanyakan lelaki menitikberatkan tentang hal agama. Contohnya, daripada aspek pemakaian. Kaum lelaki tidak suka perempuan yang berpakaian ketat dalam kata lain, lelaki lebih suka perempuan yang menutup aurat. Selain itu, kaum lelaki juga benci perempuan yang menutup aurat tetapi mempunyai kelakuan yang tidak baik seperti mencarut tentang perkara yang tidak sepatutnya.

Over sangat ketawa
Ina mengaku kebanyakan perempuan memang kadang-kadang tidak mampu untuk menahan ketawa. Jika sesuatu perkara tersebut sangat melucukan baginya, mulalah gelak terbahak-bahak sampai nak terbalik dunia, tanpa memikirkan mata-mata di sekelilingnya.

Sarcasm


Sarcasm atau kata lainnya menyindir. Lelaki tidak suka jika seseorang perempuan itu menyindir disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan. Bila perempuan menyindir sesorang lelaki itu, lelaki itu akan berbisik "Macam lah kau tak pernah buat".


Mesra dengan lelaki lain
Untuk wanita yang sudah mempunyai hubungan, lelaki beranggapan bahawa apabila seseorang perempuan itu rapat dengan seseorang lelaki, bermakna perempuan itu suka kepada lelaki tersebut. Lelaki akan bertanya kepada diri sendiri "Siapa aku di mata dia?" "Dia dah tak sayang aku lagi ke?"


Suka Pendam
Ada sesetengah lelaki menyatakan bahawa mereka kurang senang apabila bersama perempuan yang suka memendamkan perasaannya. Contohnya, apabila perempuan marahkan sesuatu, lelaki akan berharap bahawa perempuan itu, akan luahkan kepadanya.

Terlalu Mengongkong
Ada sesetengah pendapat berkata "cemburu tandanya sayang", tetapi kita kadangkala tidak sedar bahawa sikap cemburu inilah yang membawa kita sedikit sebanyak ke arah mengongkong, terutamanya perempuan.

Perempuan sepatutnya perlu faham bahawa lelaki mempunyai kehidupannya sendiri. Apabila perempuan terlalu mengongkong, lelaki akan mempersoalkan, "You are not my wife"- dalam hati je tak berani nak direct.

Gedik
Pada pendapat ina, perempuan gedik biasanya terdiri daripada perempuan yang cerewet. Bila dah cerewet, mula lah nak "Ewww awak ni". Eww sana, eww sini. Ina jadi perempuan pun rasa macam nak hentak dia jugak, apa lagi lelaki.

Banyak cakap
Beberapa orang lelaki yang ina interview mengatakan bahawa mereka tidak menyukai perempuan yang banyak cakap. Mereka merasakan perempuan lebih menarik dengan sikap malu dan lemah lembut.

Pemalas
Sikap pemalas ini sepatutnya memang tidak patut hadir dalam seseorang perempuan tu. Apabila seseorang perempuan itu malas, sudah tentunya lelaki akan beranggapan "Macam ni ke nak jadi wife aku, nak sidai kain pun malas. Ni kan lagi nak jaga anak-anak aku nanti".

-------------------------------------------------------------------------------------

Konklusinya, daripada hasil analisis ina, setiap lelaki mempunyai pandangan dan minat yang berbeza. Bergantung pada lelaki itu sendiri.

Namun begitu, betul ke yang lelaki suka perempuan yang cantik? Ina ajukan soalan ini kepada setiap lelaki yang ina tanya. Jom tengok apa jawapannya

Ina: Setuju tak kalau aku kata lelaki lebih sukakan perempuan cantik?

-Setuju. Lelaki memang menyukai perempuan yang cantik. Hal ini kerana mereka akan berpuas hati bahawa pasangannya lebih cantik daripada pasangan orang lain

-Setuju. Bergantung kepada lelaki itu sendiri

-Setuju. Semestinya lelaki sukakan perempuan yang cantik

-Setuju. Lelaki menyukai perempuan yang pandai menjaga keterampilannya. Tetapi, hati seseorang perempuan itu harus lah baik. Muka cantik, tetapi hati buruk baik tak payah. Yang penting hati. Muka kurang cantik tetapi hati baik pun okay. Sebenarnya, semua hamba Allah cantik.

-Tidak. Kebanyakan lelaki tengok pada perangai perempuan itu sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga entry ni. Ina ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi diinterview, dan tidak lupa juga kepada pembaca entry ni. Ina harap entry ina kali ina tiada mengguriskan hati sesiapa.

Yang paling penting dari wanita adalah kecantikan hatinya, kalau soal kecantikan fizikal, itu markah bonus -Tanwirul



Sunday, 16 November 2014

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

klik banner

Nama penuh ina Siti Nursabrina Binti Shekh Ahmad. Ina berumur 15 tahun. Seorang pelajar SMK Telok Panglima Garang. Ina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. 

Blog ni beroperasi sejak tahun 2012. Ina dah berblogging lebih kurang dalam 2 tahun. Blog ni mengandungi kisah hidup ina, tips, tonton online dan panduan blogging. 

Thursday, 13 November 2014

Malu Nak Tunjuk Blog

Hai dan assalamualaikum,



Selamat pagi semua. Rasa bosan duduk kat rumah sejak cuti sekolah ni makin lama makin membuak-buak pulak. Paling kelakar bila kadang-kadang ina sampai tak tahu hari ni hari apa. Memang lifeless sangat kan. Ni lah lumrah pelajar sekolah bila dah cuti. 

Berbalik kepada tajuk entry ina hari ni, Malu Nak Tunjuk Blog.

Ceritanya bermula semalam, 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Ummi nak buat apa? 
( Dalam hati terketaq sebab takut ummi nak baca ) 

Ummi: Awak tulis apa je dekat blog awak tu? 

 ( Alamak mampuih aku nak menjawabnya *dalam hati )

Ina: Ina tulis cerita yang ina suka hahaha
( Jawapan paling hancuss ) 

Walaupun macam tu, ummi tetap tak putus asa. Ummi tanya lagi. 

Ummi: Apa nama blog awak? 

Ina: Haha malu lah ummi. Ye lah, sebabakusabrina

Humaira: Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca (sambil mencelah) 

Ina diam je, sebab ina tengok apa yang Humaira cakap ada betulnya jugak.


Kata-kata humaira buat ina terfikir sejenak. "Kalau malu, buat apa buat blog kasi orang baca?" Deep sangat ayat tu, tapi ada betulnya. 

Ina tak tahu lah kenapa, tapi ina memang tak kesah kalau rakan-rakan blogger ina nak baca blog ina. Sebaliknya, ina rasa malu pulak kalau tiba-tiba ahli keluarga ina nak baca blog ina. Pelik, kan? 

Kadang-kadang ina terfikir juga kenapa. Mungkin sebab mereka dah kenal ina luar dan dalam, bila tengok blog ina, "Alamak bajet je dia ni". 

Atau mungkin sebab usia ina yang baru 15 tahun, tapi dah memandai-mandai share benda yg bukan-bukan kat blog. Aik ada ke? 

Terfikir jugak ada tak blogger lain yang rasa perasaan macam ina ni? 

Tuesday, 11 November 2014

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka

Hai dan assalamualaikum ! :)

Setelah beberapa hari ina menyepikan diri, ina datang untuk bawa entri baru hehe. Topik ni tiba-tiba muncul dalam otak ina masa ina tengah menyapu rumah tadi haha! Terima kasih cik otak yg jarang mengecewakan ina.

Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Tak Suka Ada jugak ke ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka? Ada ke? Ada keee?!!

Antara ciri-ciri lelaki yang perempuan tak suka ;

Kuat perasan
" Ya Allah, meluatnya aku tengok lelaki tu! "
" Bajetnya. Padahal muka tak seberapa "
" Ingat buat macam tu perempuan suka ke? Hak tuih! " 
Antara dialog-dialog yg akan dikatakan oleh perempuan kalau ternampak lelaki bajet ni ataupun kuat perasan.

Mungkin lelaki tak perasan ada beberapa perwatakan dia yang membuatkan perempuan boleh jadi menyampah tengok dia. Kadang-kadang perempuan boleh nampak seseorang lelaki tu jenis yang kuat perasan walaupun lelaki tu diam. Contohnya tengah duduk. Hebat kan! Sebenarnya daripada riak muka lelaki tu kami boleh nampak dia jenis lelaki yg macam mana.

Jenis lelaki kuat perasan;
  1. Perasan hensem
  2. Perasan hot
  3. Perasan ramai peminat
  4. Segala penyakit perasan
Sebagai perempuan, walaupun lelaki tu hensem macam Zayn Malik pun, tapi kuat perasan, boleh lari taste. Masa mula-mula boleh lah tahan jugak, tapi kalau dah asyik puji diri sendiri 24 jam, rasa nak baling kerusi pun ada.

Bagi ina, tak perlu nak bagi tahu orang atau nak show-off dekat orang yg awak ramai peminat, hensem dan hot. Kami sebagai perempuan, ada mata, tahu menilai.

Tak Ada Bahasa
Tak ada bahasa yang ina maksudkan bukan lah yang tak pandai cakap. Tak ada bahasa, atau kata lain biadap.

"Lelaki tu, harap je cute macam Harry Style, mulut kalah longkang"
"Lelaki tu, dah lah muka macam tu, mulut kurang ajar pulak tu"

Walaupun lelaki hensem macam mana sekali pun, tapi tak ada bahasa, tak respect orang lain, kami sebagai perempuan tak pandang langsung. Sebenarnya kalau lelaki yang ada rupa, cuma lah kelebihan pada seseorang tu. Pada pendapat ina, kalau lelaki tu muka biasa-biasa, tapi pandai jaga hati orang, jauh lagi baik daripada lelaki hensem tapi tak ada bahasa.

Playboy
Sebagai perempuan, lelaki playboy ni perempuan paling anti sekali. Lagi-lagi kalau lelaki tu dah ada girlfriend, dalam masa yg sama, perempuan keliling pinggang. Mungkin lelaki beranggapan dengan buat macam tu, nak tunjuk kat orang yg dia Jejaka Idaman Paling Hot kat sekolah. But, bagi perempuan: Eww!

Mungkin lelaki beranggapan bila dia buat acaca playboy ni, perempuan akan berkata:
Peah: Wow! Tengoklah Ali. Dah lah hensem! Ramai peminat pulak tu. Arghh cairnya!
Kiah: Haah lah! Dia lah crush aku. Selain memiliki bibir yg seksi, Ali tu tough pulak tu. Nak pengsan aku tengok dia!

Ina cuma nak cakap awak SALAH!

Pertama, apa perasaan perempuan tu? Perempuan ni hatinya lembut. Perempuan mana yg nak diduakan? Bagi tahu ina sekarang! Ina nak cakap dengan dia jugak kenapa dia macam tu. Ina boleh jamin 99% yg seseorang perempuan tu tak nak diduakan.

Kedua, apa pandangan orang luar pulak terhadap awak. Mungkin niat awak dengan buat benda macam ni, awak boleh tunjuk awak ramai peminat. Tapi, awak salah. Orang lain ada mata, melihat. Ada otak, fikir. Lepas tengok benda yg awak buat dekat girlfriend awak, takkan kami nak jadi mangsa awak yg seterusnya pulak, kan? Think twice :)

Pada pendapat ina, ni lah antara ciri utama perempuan tak suka seseorang lelaki tu. Sejujurnya, bagi ina, lelaki yang perempuan selalu pandang ialah lelaki yang jadi diri dia sendiri, lelaki yang jujur, semuanya terletak pada hati dan akhlaknya.

Jadi diri sendiri tak bermaksud seseorang lelaki tu perlu tunjuk perangai dia yg kaki perempuan, biadap dan kuat perasan tu walaupun mungkin itu diri awak sebenar. Kalau benda kat atas ni, ada yg macam awak, ubahlah.

Rupa hanyalah luaran. Hanya untuk cinta pandang pertama. Kalau dah dua kali pandang, tiga kali pandang, empat kali pandang? Kami lihat hati dan akhlak awak jugak.

Ina harap entry ina tak kecilkan hati sesiapa. Ni untuk suka-suka je lah ^^ Lepas ni, terfikir jugak nak bagi Tips: Ciri-ciri Lelaki Yang Perempuan Suka. Macam mana? Tengok lah dulu.

Bye, assalamualaikum.

 

Tuesday, 4 November 2014

belajar something

 

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni menandakan telah tamatnya ina sebagai pelajar tingkatan 3. Wuu macam tak percaya je. Dah nak tingkatan 4 dah kau. Uisy sedih memang sedih. Lagi 2 tahun je kat sekolah T-T Act, baru rasa macam semalam ina belajar abc,123 masa darjah 1.

Dalam waktu ina bergelar pelajar sebagai pelajar tingkatan 3, ina ada belajar sesuatu yg ina daif tentang hal ni selama ni. Ina belajar apa itu erti persahabatan, kawan, 'fake' friends.

Dulu masa kecik ina, ina cuma tahu 2 jenis kawan. Kawan. Kawan baik. Kan kan. Sekarang, lepas apa yg ina tempuh dalam hari-hari ina, baru ina tahu.

Fake friends. Biasanya kita boleh nampak dia masa kita ada sesuatu yg dia perlukan. Masa kita ada benda tu, dia akan himpit kita, macam belangkas. Yang kau pelik, sebelum ni, dia buat tak tahu je bila ada kita. Hari ni, tah apa angin dia, nak himpit je kita. Then, bila kau tak de apa2, dia akan tinggalkan. Yes, itu fake friends. Habis madu sepah dibuang katekko.

Kawan. Pernah dengar tak perumpaan mengatakan 'Kawan biar beribu'? . Dalam hidup ina, seriously, ina kawan je dengan semua orang. Tak kisah lah yg dia tu kaya ke, miskin ke, baik ke, jahat ke, buruk ke, cantik ke, hensem ke, ina kawan je. Kawan ni pula kawan biasanya ada masa kita gembira dan senang. Biasanya, ina tadah je siapa yg jadi kawan ina.

Sahabat. Dalam hidup ina ni, ina rasa cuma ada 2,3 orang je sahabat ina. Serious, diyorang ni, ina sayang gila. Sahabat ni biasanya yg selalu ada masa kita sedih. Dia lah tempat kita luahkan perasaan, dia pendengar setia. Masa kita gembira, dia gembira, masa kita sedih, dia sedih. Alaaa macam cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga. *main lagu Sahabat sikit*.

Masa ina sekolah rendah dulu, ina ingatkan, kawan rapat tu lah sahabat, kawan baik. Tapi, ina salah, kawan rapat cuma ina rapat je dengan dia, tapi tak semestinya dia ada masa kita susah.

 Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. -source

Bye, assalamualaikum.
 

 

Monday, 3 November 2014

Gambar air terjun tercantik di dunia

Assalamualaikum,

Gambar Air Terjun Indah Wallpaper Pemandangan Alam Terbaru  

Gambar Air Terjun Terbaik Pemandangan Alam Indah Wallaper Lukisan  

Gambar Air Terjun Terindah di Dunia Pemandangan Alam Seperti Lukisan  

Gambar Air Terjun Tercantik di Dunia Pemandangan Alam Terindah Wallpaper  

Gambar Air Terjun Tercantik di Dunia Wallaper Pemandangan Alam Indah  

Gambar Animasi Air Terjun Wallpaper Pemandangan Alam Indah Cantik  

Gambar Lukisan Air Terjun Indah Wallpaper Pemandangan Alam Cantik  

Gambar Wallpaper Air Terjun Indah Tercantik di Dunia Pemandangan Alam Terbaru  

Subhanallah.. Betapa indahnya ciptaan Allah.. gambar pemandangan ni betul-betul memukau mata ina. Cantik sangat.. Ina memang suka pemandangan-pemandangan macam ni.. Bila tengok, sejuk je mata memandang.. Mesti lagi best kalau ina ada kat tempat tu. Tak dapat bayangkan macam mana nikmatnya.. 

Bye, assalamualaikum.. 

Friday, 17 October 2014

bebas macam burung


Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam selesai sudah Ina jawab pt3! Yeay! So, kini tibalah masanya kita............................... ENJOY! haha x lah enjoy sangat sebenarnya. Semalam baru habis, sebab Ina ambil paper arab.

Memandangkan, Ina merupakan batch pertama yg jawab pt3, so Ina rasa Ina nak share sikit tentang feel Ina tentang pt3.

First sekali, Ina nak cakap, pt3 lagi susah daripada PMR . Ina mengaku, ramai orang perlekehkan kitorang bila cakap pt3 susah. Try jawab. Nak tengok jugak macam mana agaknya kan. Serious Ina cakap, kadang2 kalau tanya cikgu, cikgu pun garu kepala. Tu cikgu, apa lagi kitorang.

Semua soalan pt3 subjective. Okay, ni lah masalah besar pt3. Kita tak boleh tipu yang kita ni pandai ke tak pandai. Means, kalau tak berapa pandai, nampak sangat. Kalau macam PMR, boleh dikira semua objective. So, even korang tak baca buku sangat, jawapan kat bawah, dah tersedia. Boleh pilih, then hitamkan. Kalau tak yakin, boleh main tembak-menembak. Mana tahu betul.

Berlainan dengan pt3. Setiap jawapan mesti tepat. Then, bila dah ada jawapan, kena ada bukti. Kalau dah ada bukti, kena ada alasan kenapa bagi jawapan tu. Masalah Ina paling besar pasal benda ni, time Sains. Memang perah otak gila. Serious Ina kata, Sains memang susah.

Kalau nak jawab pt3, kalau tak baca buku, memang boleh kirim salam. Lagi2 sains, memang kena betul2 teliti tiap2 satu tajuk tu. Macam soalan sains Ina yg lepas, soalan tanya macam mana nak mampatkan gas dalam tangki gas then macam mana boleh jadi cecair.

Ina cerita kat akak senior Ina. Bagi Ina, akak ni dikira pandai. Dia kelas Sains. Ina cakap je pasal soalan tu, dia tanya pakai buku teks apa. Dia terkejut bila cakap kitorang still pakai buku teks sama just kitorang punya bahasa malaysia. Dia cuma mampu cakap soalan kitorang "KBAT teruk". Tergelak Ina bila dengar.

Banyak2 subject, honestly, Ina boleh cakap yg Ina paling tawakal sekali, Sains. Masa tengok soalan tu, aduh. Yang ina tahu, Ina dah usaha, Ina dah perah otak, tu je lah yang Ina mampu.

Kalau pt3, dia takkan tanya " apakah maksud al-mizan ",  pelajar2 kena hafal setiap maksud, maksud setiap ayat and semua kena tahu. Berlainan dengan pt3, ada soalan macam tu, tapi seciput je. Kalau dalam 20 soalan tu, adalah 5 soalan macam tu. Yang penting, kena tahu benda basic .

Tapi, Pendidikan Islam pulak, dah sama macam buat karangan. Dia akan bagi satu pernyataan, then kena hujahkan atau minta pendapat kita. Dalam 20 soalan, ada lebih kurang 10 soalan macam tu. 5 lagi dia tanya pasal pendapat kita. Satu soalan lebih kurang 4 atau 5 markah.

Ina dah usaha dah sebaik mungkin. Selebihnya tu, Ina serahkan kepada Allah. Ina dah buat apa yang Ina kena buat. Sekarang, Ina tawakal je .

Kadang2 Ina tertanya jugak, kenapa Ina lahir pada tahu 1999 yang ada pbs and pt3 semua ni. Hahaha kalau cakap ngan ummi Ina, mesti ummi Ina marah. :p Tak ku sangka, tak ku duga. 

Sekarang, cuti ni Ina nak rehat habis-habis. Paling kelakar semalam, Ina tertidur time tengahari. Then, bila bangun, Ina risau sebab tak baca buku lagi. Then, masuk bilik, " Ya allah, aku dah habis exam lah. Hahaha kelakar gila. Terlampau kemaruk sangat lah ni. "

Tolong doakan sangat Ina dapat keputusna yg cemerlang, okay. :)

Bye, assalamualaikum.

p/s: sekarang dah tak tahu pulak nak buat apa. haha :p

 

Sunday, 28 September 2014

just a little break


Hai and assalamualaikum everyone! ♥

Dah lama juga ye kita tak bersua haha. Alhamdulillah ina baru sahaja selesai menghadapi trial pt3. Apa yang ina boleh cakap ialah ........................................ asdfghjkl! Honestly, it's quite difficult!

Apa perasaan korang bila korang dah hafal karangan bahasa arab. Then, bajet bajet konon boleh buat karangan bahasa arab 40 perkataan, tapi tiba-tiba karangan yang keluar time exam, sebiji pun tak da! Yes! Padan muka sape suruh bajet sangat. Okay, that's me.

Benda paling frust menonggeng, bila mula-mula jawab exam, relax, cool, tenang ala-ala tak de apa2 berlaku. Jawab exam, macam kenyit mata je. Ye lah, mentang-mentang exam 2 jam lah kan. Tu feeling time 1 jam yg pertama. But, tengok time 1 jam yg terakhir, gelabah gila. Section B tak siap, Section C, ada yg terlopong. Masa tu lah jadi lipas kudung perah otak cari jawapan.

Paling best time exam bila ada kawan-kawan penyayang yg prihatin, tengok-tengok kita, buat bahasa isyarat kat kita... hmm, caring lah tu. Ina pun sama kalau dah desperate sangat. Yang paling buruk bila kawan kita jauh, nak cakap kuat-kuat tak boleh, then terpaksa buat mimik muka penuh perasaan kat kawan kita supaya dia faham. Time tu, berbuih mulut nak kasi dia faham. Rasa ada lah jugak sebaldi air liur keluar.

Perkara buruk yg selalu berlaku kat ina ialah penyakit over confident. Aihh, tak tahu lah mana datang penyakit tu. But, daripada sekolah rendah, sampai sekarang, melekat pulak penyakit tu. Kalau soalan tu ina pernah jawab, kemain lagi lagaknya, dash, dash, sempang, ni salah, tu betul, yeah jawapannya II dan III! Bila keluar result, salah. Masa tu lah fikir, oh I betul sebab dia bla bla bla. Nasi dah jadi bubur.

Benda ina paling takut time sebelum exam, bila tak de kesedaran dalam diri yg kita ni nak exam. Tak de rasa berdebar lgsg. Bila rasa tak berdebar, apa lagi, mana peduli, dah baca buku ke belum, dah cukup ke buat latihan. Bagi ina, berdebar ni penting. Tapi, jangan lah sampai berdebar sampai nk tulis pun tangan terketar-ketar. Just kesedaran utk exam tu ada.

Ina takut juga bila barang yg penting sepatutnya kene bawak, kita tak bawak. Ergh! Disebabkan struggle lah kononnya malam before exam, habis pemadam atas katil, pembaris bawah carpet, pensel bawah kerusi, pen atas laci. Macam kene angin ribut taufan. Time esoknya, bila perasan tak bawak pemadam, ya allah, rasa nk menjerit. Kau nak padam pakai apa yang oi... Kalau kawan kat sebelah2 tu jenis yg kautim tak pe, ni kalau yg jenis kedekut tahi hidung masin, tak nak kasi pinjam pemadam,  terpaksa lah ambil air liur, padam sikit2 dengan penuh sabar (feeling time sekolah rendah) .

Paling penat sekali time exam, ina rasa ina tak cukup tidur. Kadang2 tidur pukul 2, pukul 5 dah bangun study balik. Ina tahu kalau nk exam, kene tidur yg cukup... Tapi ni berpunca daripada study last minute hehe. Masalahnya ialah kalau ina study awal2 benda yg ina baca payah melekat, jadi ina terpaksa lah study macam tu..

Apa-apapun alhamdulillah, lepas apa yg ina lalui semua ni, ina redha je dengan ketentuan Allah. Kalau ada A nya, ada lah. Kalau tak de, mungkin ina kene usaha lagi. Tapi tapi, tolong lah doakan yg terbaik untuk ina ye... Ina sebenanrnya rindu gila gila nak blogging balik, join giveaway, tp apakan daya, tiada masa lagi untuk semua tu.. Tak pe lagi sebulan je T-T

Bye, good luck for all pt3's candidates, assalamualaikum. ♥

p/s : nak tidur peluk bantal peluk puas2 hari ni! yeay! tp esok sekolahhhh alaa ingat nak tidur smpai tgh hari :( 

Tuesday, 16 September 2014

Liebster Award #2

Hai assalamualaikum,

Kali ni, Ina telah ditag oleh adik Hana pulak untuk Liebster Award ni. Terima kasih ye dik tag akak :) Okay, jom tengok adik Hana bagi soalan apa kat Ina.


#1   Your opinions about my blog?
Okay, bagi akak blog adik simple. Blog adik cantik, and sejuk mata memandang. Akak suka blog adik sebab blog adik warna grey hehe. One of my fav blog's colour. Keep it up. 

#2   Who are your favourite bloggers?
Antara fav blogger Ina; 
Adam Faiz / Kak Qilah / Kak Izzaty / lain2. 

#3   Do you think you have an awesome ambition like me? Tell me what is your ambition.
Adik nak jadi detective kan? Okay, akak plak nak jadi doktor pakar bedah.. Bagi akak, kita berdua ada ambition yg hebat. 

#4   Do you prefer dikritik or dipuji ? Give a reason.
I more prefer to puji. Haha siapa tak suka kena puji. Kihkih. But bila someone puji akak, akak will be like "Kelakarnya" "Eh, mana ada. Kau lah" Hehe. Untuk kritik, boleh. Tapi, penting untuk jaga perasaan akak. 

#5   Tell me what is your biggest dream.
I have a big dream to live in a very big big house one day. 

#6   What is your favourite subject?
Math & Science. 

#7   Who is your crush? He/she knows that you have a crush on him/her?
I have no crush honestly. I already have someone in my heart (jiwangsnya)

#8   Bejihad di Gaza atau pergi Mekah?
I more prefer to berjihad di Gaza. Semua org nak mati shahid kan untuk merebut syurga Allah. Kalau pergi Mekah, kita just dapat tolong diri kita, but kalau kat Gaza, kita dapat tolong orang lain. 

#9   How old is your blog?
I think 2 years. 

#10 What is your favourite colour? Give a reason.
Absolutely pink even my blog is black & white. I love pink very much. It is cute plus plus plus hehe. 

#11 What is your favourite song? 
One on my fav song is Will Always Love You by Whitney Houston. 

SOALAN KEPADA BLOGGER YG DITAG
  • Describe about my blog. Perlu penambahbaikkan tak? 
  • Font yg paling korang suka untuk blog korang
  • Brand phone yg paling korang suka
  • Lagi suka facebook or twitter? Sebab? 
  • Lagi prefer blog yg gelap or terang? 
  • Your fav colour?
  • Rapat dengan mak ke dengan ayah? Sebab apa? 
  • Kartun yg paling korang suka? 
  • Benci orang yg mcm mana? 
  • Suka tak pakai powerbank? 
  • Setuju tak kalau orang kata cinta tu boleh melalaikan? Kenapa? 
BLOGGER YG DITAG
  1. http://rikaemyekya.blogspot.com/
  2. http://bdxbjubiru.blogspot.com/
  3. http://wanaseoby.blogspot.com/
  4. http://komikfeeqry.blogspot.com/
  5. http://nazirahnajit.blogspot.com/
  6. http://ceritahidupgadis.blogspot.com/
  7. http://iamprincessmeeya.blogspot.com/
  8. http://gadischenetto.blogspot.com/
  9. http://diralobaklobak.blogspot.com/
  10. http://sharifahamarina.blogspot.com/
  11. http://coretansigadismerahjambu.blogspot.com/

Terima kasih sekali lagi ye dik sebab tag akak :) Okay, ina harap blogger yg ina tag, jawab ye soalan ina :) 

Bye assalamualaikum :) 

Liebster Awards #1

Hai assalamualaikum ,

Hari ni Ina telah ditag oleh cik Eilya Maisara (wahh sedapnya nama! Retis gitu) dalam Liebster Awards. Terima kasih ye, tag Ina. So, here we go !



 1. Minat kpop tak ? Yes Or No . Reason please ?
Hmm Ina sebenarnya tak lah minat kpop, tak de lah benci kpop. Tapi Ina okay lah bila dengar2 lagu kpop.. Best jugak. 

2.  Got someone Speacial ? Who ?
Haha >-< Kelakarnya. Okay, Ina ada someone special dlm hidup Ina. Bukan sorang, tapi ada lah beberapa orang. Nak sebut ke? Antaranya, Humaira, kak Ainna Azlan, kak Ct. 

3. Hate people like ?
I really hate when someone talam dua muka, tak pernah nak jaga hati orang, biadap, lelaki playboy, someone yg suka dekat dgn kita, bila kita ada apa yg dia nak. Tak honest lgsg. 

4. Tua or Muda . Kenal and minat RUNNING MAN tak ?
Minat gilorSsss. Dulu, dapat selalu tengok sebab asyik ada masa je. Tapi, sekarang, sejak nak pt3, rasa tak sempat pulak nk tengok. 

5. Selama korang berblogger nii , apa benefits yang korang dapat ?
Selama ina berblogging ni, yg paling Ina dapat ialah Ina dapat kawan yg ramai tanpa mengira usia. Even korang tak pernah nampak muka dia, cantik ke buruk, ada tahi lalat berapa or what, but tetap jadi kawan. 

6.  Jawab liebster awards nii rasa mengganggu ke ?
Absolutely not, dear. Sebenanrnya benda ni mengisi waktu lapang. Lagi2 kepada si pemalas yg malas nk update entry personal, jd Liebster Award ni, dapatlah jadikan satu entry untuk cover sebab dh lama tak update (this is just my thought (!)) 

Blogger cute yg Ina nak tag; 
Soalan maut yg Ina nak tanya, tak lah maut mana pun sebenarnya
  • Kongsilah serba sedikit tentang kenangan awak dengan orang yg tersayang.
  • Korang suka blog jenis yg macam mana? Warna apa? Ada lagu ke? 
  • Apa yg korang tahu serba sedikit tentang pt3
  • Explain serba sedikit tentang rumah idaman korang
  • Benda yg paling malu korang takkan pernah lupakan. 

Harap korang dapat jawab soalan Ina. Tapi, kalau tak boleh pun tak pe ( Alaaa jangan lah macam ni. Jawab lah ye T-T). Okay, terima kasih semua! 

Bye, assalamualaikum.  

Friday, 25 July 2014

Tarik nafas

Assalamualaikum,

Rasanya setelah berhempas-pulas selama beberapa bulan, akhirnya, dapatlah Ina menarik nafas lega untuk sementara waktu. Perjalanan sebagai murid tingkatan 3 sejujurnya memang berbeza daripada Ina tahun lepas.

Dulu, time form 2, zaman rock and roll katanya. Exam apa kebenda tak diendahkannya. Tidur dalam kelas Sains tu memang tabiat Ina tahun lepas. Disebabkan duduk dalam makmal tu tension dan sesak, so Ina ambil keputusan untuk pilih meja belakang sekali untuk tidur dengan kawan. Gila tak best. Bawah kipas, tu paling penting. Faham-faham lah, malam jadi burung hantu bukan sebab baca buku, tapi ni lah, blog ni. Yang peliknya, destinasi tu lah yang paling sistematik sebab cikgu tak nampak.

Bila melangkah masuk ke alam form 3, semuanya lain. Bayangkan, nak ambil cuti sehari pun kena fikir 150 juta kali sebab takut tak dapat catch up pelajaran. Tak de masa dah nak relaks.

Tapi, sempena nak masuk aidilfitri ni, Ina bersyukur sangat sebab dapat lah merebahkan diri ke katil sekejap. Walaupun cuti cuma seminggu (lama tu beb), tapi bagi Ina rasa macam tak cukup je. Habis raya nanti, Ina ada exam lisan lagi. Ya allah, letihnya... Lepas lisan, Ina ada trial pt3 pulak.. Rasa mencungap-cungap ada.

Sebelum Ina undur diri, tolong doakan ye supaya urusan Ina dipermudahkan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...

Bye, assalamualaikum.

Wednesday, 4 June 2014

Wanita dirogol jin

Assalamualaikum,

RAMAI WANITA DIROGOL JIN TANPA PENGETAHUAN MEREKA. SIAPAKAH WANITA YANG AKAN DIROGIL JIN?
perempuan samada sudah berkahwin/tidak.
siapa TERINGIN NAK DI-NODAI JIN,selalu lah :
- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.
*jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara ni,cepat-2 sedar.
SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA,ADALAH LAGI BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'.
Cukup dalam masa 40 hari 'PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA,LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM-2 dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus'. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda wahai wanita.
*andai kata jika wanita itu sudah berkahwin,maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami,tanpa sedar.
*Dan jika anda belum berkahwin,jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin,JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari brlangsungnya majlis kahwin itu. ASTAGHFIRULLAHALAZIM~ - Ustaz Mohd Kazim Elias
p/s: nampak kelakar, tp jgn main2...sampai-sampaikan pada yang lain

Ya allah, mintak2 jauhkan lah kita semua daripada dirogol jin ni... Kepada kaum perempuan, berhati-hati lah. 

Friday, 23 May 2014

Bila exam

Hai assalamualaikum,


Selesai sudah Ina menjawab exam tadi. Alhamdulillah, Ina dapat jawab dengan tenang, paper geografi. Pada awalnya, Ina rasa kurang confident sebab Ina rasa macam mustahil lah, Ina boleh hafal peta, hafal tempat. Tapi, bila Ina dah usaha, usaha, usaha, alhamdulillah, Ina tak sangka yang Ina boleh jawab. Kalau ada rezeki, dapatlah A hendaknya.

Sekarang, dapatlah Ina menarik nafas lega memandangkan tadi, paper last Ina jawab. Walaupun cuma sekejap, tapi dapatlah Ina rehatkan mata, otak Ina, untuk beberapa hari. Rasa macam tak bernafas di minggu peperiksaan.

Sebenarnya, semuanya berpunca daripada Ina.

Seminggu sebelum exam....

Bila seminggu nak exam, baru lah nak terhegeh-hegeh macam lipas kudung mencari buku rujukan. Almari semua dipunggah. Buku yang dah berlipas, baru nak dibuka.

Bila dah buka buku. "Fuhhh". Bukan fuhh lega, tapi fuhh mengeluh. Baru lah perasan yang ada banyak benda nak kena baca. "Fuhh". Mengeluh sekali lagi bila menanda muka surat yang cikgu dah pesan suruh baca. Mujur cikgu baik-baik belaka, baik hati bagi klu-klu soalan. Kalau tidak, tak ke tercabut anak tekak nak membacanya.

Masa dah nak exam. Perkara biasa, kalau tidur lambat. Mak ayah confirm bangga "Hmm, sejuk perut ibu tengok kamu belajar sampai lewat malam". Itu kalau mak ayah yang tak kesah belajar last minute.

Kalau yang kesah, " Tu lah, ayah dah pesan. Kamu tak nak belajar. Degil. Bila suruh belajar, dikatanya alahh bukannya periksa esok. Tengok sekarang. Tangan baru nak capai buku". Kita pulak, dalam bilik, dah lah stress. Confirm dalam hati, terbakar semua api-api kesabaran.

Malam sebelum exam....

Masa esok nak exam. Berdebar-debar. Jantung rasa nak tercabut. Rasa nak terjun. Rasa nak menjerit. Semua rasa menggedik pula nak keluar masa tu. Sebab takut tak sempat habis baca. Maklumlah, sehari kadang-kadang 2 paper. Lagi-lagi, yang baru nak buka buku malam tu juga, aduhhh habislah. Dapatnya esok exam sejarah. Confirm tak lelap mata.

Bila pukul 10. Mata dah penat. Badan dah letih. Bahu dah sakit. Otak pun rasa nak pecah. Mulalah, katil memanggil-manggil, menyeru untuk 'landing' sebentar. Kononnya sekadar, merehatkan badan. Eh, tiba-tiba rasa nak tidur pula. Dah empuk. Dah nyaman. Buku, hilang tah ke mana.

Pagi exam...

Esok pagi. Kononnya bercadang nak bangun pukul 4 pagi. Nak sambung study. Tapi, apakan daya, alarm pun tak berupaya untuk kejutkan diri. Agaknya, kena letak ayam kat sebelah baru boleh bangun. Setakat bunyi alarm ayam tu, tak cukup.

Bila dah datang sekolah. Duduk dekat tapak perhimpunan. Masa tu, baru nak bukak beg, baru nak baca. Masa on the way nak masuk kelas, erat pegang buku. Bertembung dengan tiang, orang, batu, semuanya tak dipedulinya. Pegang je buku. Khusyuk. Kawan-kawan yang pandang mesti macam respect juga.

Masa exam.. 

Bila buka kertas, bismillahhirrahmanirrahim.. Soalan pertama, skip. Soalan kedua, skip. Rasa naik gila bila semua tak dapat jawab.

Dalam hati, " Nasib baik, soalan objektif". Mulalah, ambil pemadam. Dijadikannya pula dadu, Belakang, letak A, B dekat depan, kiri letak C, D letak kat kanan. Dilemparnya.

Ada yang setengah pula, baca surah al-fatihah, masa tu, jari sambil menuding bergilir-gilir pada A,B,C,D. Aminn... Jari tunjuk B. Dihitamkan bulatan B pada kertas OMR.

Lain orang, lain cara. Ada pulak yang dah ready awal-awal dengan kawan sebelah. Kawan sebelah pulak kautim. Kalau A, tunjuk penumbuk. Kalau B, tunjuk peace. Ha, dah macam bahasa isyarat dah. Bila nak exam, terus otak jadi kreatif.

Perkara biasa. Sebab dah pernah buat. Bukan Ina sorang. Mesti korang pun kan. ^^


Bye, assalamualaikum.

Wednesday, 30 April 2014

Pendapat Ina tentang PISA

Assalamualaikum and hi everyone!

Ya allah, dah lama kan Ina tak publish new post dekat blog ni? Dah berhabuk dah blog ni dengan entry lama-lama. Ina mohon maaf sangat sebab Ina baru je habis pertandingan kawad kaki peringkat sekolah and alhamdulillah! Kitorang menang johan ♥♥

So, hari ni, Ina nak share sikit cerita Ina mengenai PISA. Baru-baru ni, pelajar-pelajar tingkatan 3 baru sahaja menghadapi PISA. Sebelum Ina cerita, korang tahu tak PISA tu apa?


Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. 


Bagi Ina, ujian PISA ni, satu ujian di mana soalannya berdasarkan KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ).  PISA diadakan setahun sekali. Masuk kali ni, Ina dah jawab dua kali soalan PISA. Sekali masa Ina tingkatan dua, dan sekali baru-baru ni, isnin lepas.

Masa kali pertama Ina diberitahu dengan PISA (tingkatan dua) , Ina memang gelabah sangat. PISA ? PISA tu macam mana? Masa tu pula, kitorang kurang didedahkan dengan ujian dan peperiksaan, kitorang lebih didedahkan kepada PBS.

Ina pun, apa lagi.. Balik rumah, baca buku. Ina memang takut sangat. Buku-buku yang dah berhabuk dalam almari semua, Ina selak.


Masa Ina jawab soalan Mathematics, "Apahal soalan ni" . Tahu tak, kenapa Ina cakap macam tu? Apa yang Ina baca, tak de satu pun keluar periksa! Soalannya tak de langsung berdasarkan buku teks. Memang soalannya buat kepala Ina ni, stress betul. Masa tu, Ina dapat jawab soalan Math dalam 10/30 je. Tu pun tak tahu betul ke tak.

Tahun ni, Ina diberitahu lagi dengan PISA. Untuk kali ni, nama PISA tu dah tak asing lagi.

Untuk tahun lepas, cuma ada 2 subject je iaitu Math dan Science. Untuk tahun ni, Bahasa Malaysia, Math dan Science.

Untuk soalan Bahasa Malaysia, Ina suka, sebab Ina rasa soalan PISA untuk bahasa malaysia lebih senang daripada peperiksaan. Semua jawapan adalah betul asalkan korang bagi alasan yang kukuh untuk jawapan korang. Best, kan?

Untuk soalan Mathematics, err err bagi Ina, memang susah. Ina rasa lagi okay jawab peperiksaan sebab soalan PISA Mathematics agak rumit dan memecahkan kepala :3

Soalan Science pulak? Bagi Ina 50, 50.

p/s : Sejujurnya, Ina suka PISA. Sebab apa? Sebab pelajar tak perlu sama sekali untuk buka buku untuk baca, baca dan baca. Pelajar cuma perlu menggunakan otak untuk berfikir :> 
Bye, assalamualaikum :)





Friday, 4 April 2014

A m-i-r-a-c-l-e

Assalamualaikum and hi everyone!
..............................................................................................................................................................

Bermula kisahnya pada hari khamis.... Semasa semua pelajar sedang menduduki peperiksaan...

Masa cikgu Hamidah tanda kertas bahasa malaysia, Ina curi2 tengok markah yg cikgu tanda. Kebetulan, masa tu Ina dh habis dh jawab kertas sains. Ina lakukan mcm2 cara, tinggikan badan lah, jengket lah, supaya Ina dapat tengok kertas yg cikgu tanda. Maklumlah, Ina kat depan cikgu je. Tu yg tergedik sikit nk tgk markah org lain. Hihihi .

Masa tu pulak, Sally ternampak aksi2 Ina yang pelik tu. Dia memang dh tau dah, msti Ina curi2 tgk punya utk tahu markah BM. Dia pun apa lagi... Sekaki lah dengan Ina.

Sally : Weh, sabrina.. Nampak tak ?
Ina : Tak lah... ( Dalam usaha )
Sally : Apa lah kau ni...
Ina : Susahlah tulisan diyorang kecil. Susah baca nama. ( Seriously, Ina memang tak nampak lgsg. Ina just nmpak markah berapa je, yg nama Ina tak nampak lgsg. Maklumlah, tulisan pelajar 3 KAA comel2 belaka -,-)

Tiba-tiba ada satu lagi bunyi daripada hujung kelas. Siapa lagi kalau bukan Husnul Khatimah anak Nordin!

Husnul : Weh, weh ! Aku berapa ?

Hmm, masa tu. Memang salah orang lah dia tanya kat kitorang. Kitorang dah lah jahat. Hihihi.
Untuk menampakkan jahatnya kitorang ni, kitorang berdua, bersepakat utk 'me-reka' sendiri markah husnul. Padahal tak nampak apa2 pun :p Hehe

Ina : Kau dapat 64. Paling rendah dalam kelas.
Sally : Tak lah, kau dapat 60. ( Sambil buat muka suruh Ina setuju)
Ina : Haah, haah. Kau dapt 60. Pehh paling rendah.

Husnul pulak pergi percaya! Hahahha tak sangka rancangan kitorang berjaya. Kihkihkih. Masa tu, ya allah. Kesian husnul. Muka husnul memang dah berubah sangat. Muka macam takut sangat. Maybe sbb dia percaya yg kitorang kata dia dpt markah paling corot.

Yang tak boleh bla nya, hampir satu kelas ah jugak tanya kat kitorang. Hahaha. Tahu2 lah, kitorang... Apa lagi, main sebut je lah markah. Macam tahu je -,- Padahal tak tahu pun.
............................................................................................................................................................

Time balik, cikgu kasi tengok markah. Kitorang pun apa lagi, tak kesah dah, penat ke tak, main sondol je. Janji dapat tgk.

Husnul dapat markah 88.

Masa tu lah! Rahsia terbongkar. Ina gelak je sorang2. Sally pulak dh balik dah masa tu. Tapi yg penting, operasi mengenakan husnul............. berjaya, yeay!

Bila masa Ina, Ina rasa sedih sangat sebab Ina dapat markah 71. Ya allah, 71? Ina bukan tak bersyukur, tapi markah tu mcm tak memadai dengan apa yg Ina usahakan. Ina meamng kecewa sangat. Bila Ina nmpak je markah Ina macam tu, Ina terus berpaling dri meja cikgu, Ina keluar dari kelas. Memang sedih sangat masa tu.

Time dekat kantin, sementara tunggu Adli ada hal, ( Ina balik dgn Adli. Bukan boyfriend girlfriend ye, jiran. Ina tumpang kereta dia. Hehe ) tiba2 terasa sebak pulak. Macam ada something dekat jantung Ina ni. Berat je. Tiba2 je, Ina teringat ummi. Mcm mana lah Ina nak bagi tahu ummi.

Ina bukan takut dengan Ummi. Tapi Ina sedih sangat. Ummi bersusah-payah untuk Ummi, tiba2 Ina dpt result mcm tu... Tiba2 je, air mata Ina mengalir. Masa tu, Ina cuba sedaya upaya, yg Ina mampu utk tutup muka Ina, supaya tak de siapa nmpak. Kalau ada org nmpak, mesti, tanya mcm2.

" Kenapa kau ni? "
" Kau okay ke ?"
" Kau kenapa sabrina?"
"Kenapa nangis?"

Ina tahu, diyorang semua tanya, sebab care tentang Ina. Tapi, kalau diyorang tanya, Ina nk bagi tahu apa . Segan.

Ina sedih sangat.
..................................................................................................................................................................

Hari ni, Ina dapat result bm. Semalam tu, dapat tengok je. Tak dapat nak belek ke apa. Lagipun, lepas dh tengok markah macam tu, Ina mmg dah lemah dah.

Tp, kali ni, Ina dapat ke kertas, Ina terus bukak dengan gelojohnya. Ina macam tak percaya je Ina dapat maarkah tu. Besar sangat ke kesalahan Ina sampai dapat 71? Kawn2 Ina ada je yg dapat 100. 2 org lagi tu. Apa dh jadi dengan Ina ? Ina over confident ke ?

Ya allah, alhamdulillah , dalam hati Ina.
Ina belek belakang kertas Ina, cikgu salah tanda rupanya. Masa tu, Ina terus jumpa cikgu. Cikgu pun kata cikgu salah tanda. Cikgu betulkan balik. Lepas dah tolak tambah darab bahagi semua, alhamdulillah, Ina dapat 95. Alhamdulillah :DD

Ina happy sangat. Masa tu, Ina rasa tak sabar nk bg tahu ummi and walid. ^^/

Time balik, lepas walid tahu je, markah Ina yg drpd 71 jadi 95 , walid terus cium dahi Ina. Rasa terharu sangat :'>

So, kali ni, Ina belajar banyak perkara. First, jangan kenakan orang, kalau kena dekat batang hidung sendiri, ha, baru tahu! Second, ingat Allah sentiasa ada. Allah tak pernah kecewakan hambanya. Allah akan bg balasan yg setimpal utk apa yg kita dah usahakan. Third, jangan putus asa, walaupun masa tu kita mmg dh macam lose hope.

Yang terakhir sekali, terima kasih korang semua sebb doakan Ina. Alhamdulillah, selesai dah Ina jawab periksa, tinggal KKQ je. Terima kasih ye ♥♥ I love u alls♥ ;) 

Bye, assalamualaikum.