Sunday, 12 July 2015

Ramadhan Jangan Pergi

Hai assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-23 kita berpuasa. Dalam sedar tak sedar, Ramadhan meninggalkan kita perlahan-perlahan. No doubt, mesti semua umat Islam akan merindui Ramadhan yang datang cuma setahun sekali, di mana bulannya umat Islam berhimpun bersama menunaikan Tarawikh, di mana kawan-kawan semua berlumba nak buat solat Dhuha, & di mana bulan ini sahaja kita berpeluang berkongsi cerita di meja makan bersama keluarga pada waktu sahur & berbuka.

Yeah, rutin harian Ina pada bulan Ramadhan tahun ni.

Tapi Ina rasa, dalam banyak2 tahun, tahun ni Ina rasa lain sikit. Ina jumpa ketenangan dalam bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah. Ataupun Ina baru follow twitter Tarbiah Sentap? Wallahualam, tapi Ina bersyukur.

Perasan tak perasan, Ramadhan sedang berundur selangkah demi selangkah sementara syawal sedang bersedia untuk bersua muka dengan kita.

Kelakar bila ingat balik hari2 menempuh bulan Ramadhan. Lagi2 time berbuka. Walaupun syaitan diikat, rasanya manusia sendiri yang akan bertukar jadi hantu kelaparan.

Yeah, this is me. v..v

Setiap perbuatan ada balasannya. Jangan risau, Allah bayar cash je. Bila makan, tak sedor diri, hahhh padahnya time tarawikh. 

Tabahlah wahai hati :') 

Selain tu, Ina ada juga buat Ramadhan Wishlist cewahhhh tapi ni save dalam hati je. Harini saje bajet nak tulis.


Pardon for tak boleh bla words, especially yg no. 1 tu. 

Actually, yang Ina tick merah tu, benda yang on going lagi. Lemah lembut tutur kata? Haha honestly, it's quite tough for me. But I will try my best to. Jadi pembersih? Hhahaha pebenda lah kau sabrina. Kalau boleh, jadi lebih lagi pembersih lah dr sebelum ni, hehe. Pengotorkah ana? 

Bila raya dah dekat ni, Ina rasa wishlist yang paling seram , wishlist ummi Ina. Seriously. Ina dah dapat bayangkan dah. 

Yang last sedang dipertimbangkan sbb ummi bukan jenis yg suka buang duit. 

Ina rasa, banyak2 ni, yang first tu paling seram masyaallah. Wishlist ummi ni, tengok je biasa2 je, tapi makan tenaga semua orang. Haih dah lah belum tukar langsir lagi rumah Ina ni sebab blum habis jahit lagi. Tersenyum je kain langsir. Ya Allah!! 

^ nightmare setiap nak masuk syawal. 

So, macam mana ramadhan korang? Ada pelik2 macam Ina tak? Ina harap ramadhan korang berjalan lancar tahun ni.. ^^

Bye, assalamualaikum. 

Saturday, 11 July 2015

Sebabakusabrina Masuk Berita Harian!

Hai assalamualaikum,

Entry ni patutnya dipublishkan bulan Januari yang lepas. Terima kasih tak terhingga kepada tuan blog sebab rajin sangat, dan alhamdulillah 5 bulan dah berlalu.

Alhamdulillah, syukur sangat2, akhirnya selepas kira-kira 2 tahun blogging, blog Ina terpilih untuk masuk Berita Harian *kesat air mata. Sejujurnya, masa zaman newbie dulu, time Ina tengah adore Kak Lyssa Faizureen, rasa terliur pulak sebab jeles tengok Kak Lyssa masuk majalah macam2. Ina pun ambil keputusan dengan menelan air liur, & jadikan semua ni angan2.

Tak sangka, setelah lama menanti, sampai cita-cita ni Ina dah nak lupa dah, tiba-tiba jeng jeng jeng! Kak Nisa pm Ina... Terima kasih kak!!.. Masa tu, feeling dia, masyaallah rasa nak lompat, jogging, buat marathon keliling rumah! & betul lah, Ina melompat pusing keliling rumah. Bila dah reda, baru Ina reply mesej Kak Nisa sambil berjoget-joget depan laptop.

Tu cerita sebelum masuk paper.

Lepas masuk paper, ummi masukkan kepingan akhbar tu dalam whatsapp group. Paling seram sekali, bila sedara Ina cerita, pak cik Ina siap kata "apa benda yang budak sabrina tu tulis dalam blog? cuba tengok sikit". Gila kau. Pak cik aku nak tengok blog! Seram tak seram.


Okay, tajuk dia memang Ina tak sangka, hahaha. Rasa tak percaya pulak Ina ada cakap macam tu :p 

Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita Ina. Lepas ni, nak kumpul duit nuffnang pula, insyaallah. Teringin juga nak dapat cek nuffnang. Dah terliur tengok orang. Tu yg sekarang gigih blogwalking ni. 

Doakan Ina ;) 

p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Ina & yang selalu bagi sokongan kepada Ina sepanjang Ina dalam dunia blogging ♥

Bye, assalamualaikum.

Friday, 12 June 2015

Pendek Itu Comel, Tinggi Itu........

Hai assalamualaikum,
bad animation as usual ^..^

Have you ever heard someone said "PENDEK/RENDAH ITU COMEL, TINGGI ITU...... (tease,curse, etc.). Semalam, timbul satu tidak puas hati tentang kenyataan yg 'agak femes' di atas ni. Ina pasti sangat yg korang pun selalu dengar "pendek itu comel, saya bersyukur jadi pendek" , "pendek is comel, comel is saya huhuhuhu" dan pelbagai status lagi yg menggambarkan yg pendek itu comel.

Jadi, dengan rasa iri hati yang menggunung di dada digaulkan dengan rasa cemburu, Ina nak ketengahkan isu ni ke peringkat yang lebih tinggi mwahahahahahahha. Tak lah, Ina cuma rasa "Buruk sangat ke jadi tinggi ni?" Ina tak lah tinggi mana pun, 163cm je pun. Tapi, banyak sindiran yg selalu Ina terima.

"Nak buat apa tinggi-tinggi ni?" Kata ehem kepada Ina.
"Hehehehehe" reaksi Ina sambil tersenyum.

Dear ehem, sebenarnya banyak benda boleh buat kalau tinggi ni. Contohnya kalau nak ambil benda tinggi. Kami tak yah nak ambil kerusi yg boleh memakan masa kira-kira 1 minit. Kami boleh terus ambil. Haaa nampak tak, nampak? 

"Tak yah lah tinggi sangat, nanti susah nak cari pasangan"

Ayat ni paling sedih dan sadis.

Hatiku digiris bak bawang merah halus & kecil :') Kenapa semua ni terjadi? Tak sanggup aku hidup keseorangan di dunia yg penuh pancaroba ini. Setiap manusia diciptakan ada pasangan di sisinya untuk melengkapi satu sama lain. Aku? Aku bagaimanaaaaa...... *dlm hati

Tapi................ Takkan lah tak de lelaki yang lagi tinggi daripada Ina? Mustahil. Kawan kelas Ina ramai je lagi tinggi daripada Ina. Ini semua satu sandiwara!! Jangan risau wanita C;

"Tak yah lah tinggi sangat. Tinggi ni pun cukup dah"

Masyaallah. Bukan ana yang meminta semua ini. Ini semua ketentuan Allah. Bukan Ina yang tentukan eh, kejap nak tinggi, eh kejap nak rendah. Cuma tiba-tiba je dah TERtinggi sikit. Nak buat macam mana v.v

Itu dari segi statement. Kalau dari segi perbuatan, lagi sedih ceritanya.

Kalau nak tengok cermin je, mesti orang tolak ke belakang, kata tak nampak.Tragedi ni selalu berlaku dalam bilik bila................

Adik Ina; Tepi lah kak long tak nampak. Nak tengok cermin. 
Ina; Alaaaa dah siap dah tu
Adik Ina; Tak nampak lah Kak Long
 (Ina pun mengalah lah. Bagi ruang kat dia. 
Ingatkan cakap terima kasih, rupanya.. )
Adik Ina; Hahahahha tu lah siapa suruh tinggi. 
Hahhahahahha

Ina = redha. 

Kalau nak tangkap gambar pulak, haih mesti kena duduk belakang2. Awal2 lagi orang dah mention "Haaa siapa rasa dia tinggi, pergi belakang". Kita pun berundur lah. Kalau melawan, kena bash pula. 

Rasanya tu lah antara cabaran-cabaran yang Ina tempuhi sepanjang bergelar perempuan yang berukuran 163cm.

Jadi, ehem ehem! Dengan hak kebebasan bersuara yang Ina ada, Ina nak katakan yang..........

PENDEK ITU COMEL, 
TINGGI ITU............ HENSEM! 

Haaaa setuju tak, setuju tak?!

Angguk tanda setuju,
Tak angguk, haaa nnt Ina hempuk. 

Haaaaa Ina rasa tak lah teruk sangat jadi tinggi ni even biasanya yang rendah selalu dapat perhatian. Cuba untuk bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat Ina atau dengan kata lain dekat kita semua. Rendah ke, tinggi ke, sebenarnya sama je. Rendah tu cute, tinggi tu hensem. Eh? 

Lepas ni mesti orang menyampah tengok Ina :p Maaf andai kata ada terkasar bahasa atau mengguriskan hati korang sepanjang baca post ni. Dah lama tak menaip. Takut terkaitkan isu sensitif pula. 

Tata, assalamualaikum :D

Friday, 29 May 2015

KamBek

Hai assalamualaikum,

Its been a long day without you my friend,
And I'll tell you all about it when I see you again, 
We've come a long way before we began, 
Oh I'll tell you all about it when I see you again,
When I see you again.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Its me! Okay, I got a little bit excited to update my blog today. Ya Allah. Can you imagine? Approximately 5 months without blog? I swear, it made me wanna cut myself. And now? I feel awkward & nervous to make an introduction for this post so I decided to put that song haha! Absolutely, I really miss everyone, I wanna read everyone's blog, I wanna leave my footsteps on everyone's blogs! Can I?! Unfortunately, I just have 1 week to do that because after this, I have a lot of programs to fill my holidays. 

So, today, I think I wanna share about my journey from Jan till May. Hehhehe in other word, my personal entry. I warn you, entry ni serabut dgn gambo-gambo 5 bulan.

JANUARY 2015

Ehem! Boleh imagine tak? Lebih kurang 2, 3 minggu sekolah, terus ada merentas desa. & alhamdulillah I got this... 
Hasil daripada atlet semput

FEBRUARY 2015 

February, woww time ni Ina rasa tahun bersejarah sangat. First time Ina join debate. Memang dah lama nak masuk, tahun ni macam mimpi je dapat masuk. Ina jadi pembangkang kedua. Seriously, memang terketaq lutut, jari semua masuk pertandingan ni. 
 
Syafika Mokhtar, pembangkang ketiga. 

MARCH 2015

Yes. Bulan yang paling sibuk sepanjang tahun ni. Sebulan Ina tak masuk kelas. Suka? Gila tak suka. Tak belajar, tapi masyaallah. Penat sangat. 

Awal bulan March, Ina ada Kursus Kenaikan Pangkat KRS Peringkat Daerah.. Alhamdulillah, Ina dapat Staf Sarjan dan terpilih untuk ke peringkat negeri.. 

Sekolah fav kitorang kat sana! SMK Sijangkang ♥ 

 Then, kursus yang paling menggerunkan bagi Ina. Memang dah lama gila tunggu kursus ni, start dari Form 2. Tak dapat nak cerita macam mana rasa berdebarnya time tu, Kursus Kenaikan Pangkat KRS Negeri Selangor.  

Salah satu pengalaman ngeri Ina. Ina masih ingat lagi degupan jantung Ina masa kawad individu. Ya Allah, seriously seram sangat. Alhamdulillah, kursus 4 hari 3 malam ni, membuahkan hasil, Ina dapat pangkat Pegawai Waran 1! Macam mimpi je, ya Allah. Masa malam pengumuman, Ina memang menangis gila time doa, kalau lah ada baldi, boleh separuh rasanya.


 Beautiful scene from Taman Millenium ♥ 

 Tengok lah perosak yg minum air tu -_- 
Yeay! Tahniah Tengku, Nasuha & Yana sebab dapat PW1 juga!

 
♥♥♥ 

Lepas balik kem, Ina ada join Pesta Pantun. Haih tapi tak de gambar pula. Tapi seriously, pantun salah satu pertandingan yg Ina minat. Insyaallah, tahun depan nak cuba lagi.

Next is, Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah! Alhamdulillah, walaupun kitorang hilang takhta juara tahun ni, kitorang dapat nombor 2.. Sedih tu ada lah sikit, sebab sejak Ina masuk krs dr form 1, kitorang tak pernah kalah. Tahun ni tak de rezeki kot.. Tak pe kitorang dah usaha, Allah yg menentukan. Ada hikmah di sebaliknya. 

Junior comel ♥ 


 Yeay! An exhilarating moment dgn ex ketua platun! ♥ 

APRIL 2015

Bulan yang tak tercungap-cungap sangat. At least, boleh lah duduk berehat kejap, tarik nafas. 

 
First, KASTEK (Karnival Sains & Teknologi), Ina masuk solar car. 

 Second, Perkhemahan KRS peringkat Kebangsaan. Guess what?! Dekat Kuantan! Dapat lah free trip dengan kawan baru se-daerah melancong. 

 Latihan pusat punya dorm. 3 hari duduk kat SMKA Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih SMKAKB ♥♥ 
Gambar mahal ni ^^ 
 Yeay! Kawan baru. Hai Atikah & Maharani dari Klang, 
& Bella dari Sepang. Rindu korang T-T

 Kontinjen Selangor @ Teluk Cempedak ♥ 



 Last day dgn diyorang. Hari paling banyak pertumpahan air mata

 Nah la sebijik gambar Ina dgn Cenails.

MAY 2015

Bulan yang sangat tenang tapi otak yang kecundang! Bulan exam. Amik kau jah, dah sebulan lebih tak sekolah, tiba2 masuk sekolah, exam terus. Padan muka siapa suruh berjimba kat kem lama2. Yeah, bulan yang struggle (sikit je sbb mood exam 20% mood camp 80%) 

First, I was in a great shock when I received this .... ♥
Alhamdulillah, hasil pt3. 

Yeayyyy alhamdulillah untuk semua kenangan yg terindah tahun ni. 

Pasal exam? HahahahhaAHAHAHAAHAHAHA I didnt promise anything but I did my best. Dah habis dah exam :p 

Okay the conclusion of the story is......... Lepas semua kem yg ku kembarai, aku telah menempuhi satu alam yg penuh berliku. Alam ejekan di mana aku dicaci kerana hitam sprti nigga. Tak kira di mana aku berada. Di sekolah, di kedai, di rumah sedara, meskipun di rumah ku sendiri. Orang rumah kata saya hitam. 

Even its hurt, I overcome it with sit back & pamper myself. Every achievements have their own sacrifices right? (ayat bajet gila. tapi perlukan masa berjam utk fikir) 

And as a result, here, my nigga photo.. 

allow me to introduce, fresh nigga from camp (emoticon bintang) ;
Selepas bedak yg bertan, secalit lipstick, inilah hasilnya... Wahhh.. 
Cepat! Tutup mata skrg! Gambar atas ni berhantu. 

Yang hitam tak selamanya hitam,
Yang putih tak selamanya putih, 
Yang jernih tak selamanya jernih,
Yang keruh tak selamanya keruh,
Yang berkeladak tak selamanya berkeladak, 
Okay stop! 

Selepas 1 bulan;
Muka bajett, kau ingat kau  model Qu Puteh ke haaa?!!  :p 
Kite dgn adik angkat kita :') 

Bye, assalamualaikum. A lot of pardon for this longgggggggg posts. 
Actually, I have suprise. But.............. hold on for next post okay ;)

Friday, 22 May 2015

Masalah First Day Sekolah

Hai assalamualaikum,


Sedih bila status 'budak sekolah' masih kekal dalam diri Ina. Untuk sedapkan hati, Ina selalu kata dalam hati "Tak pe, tinggal lagi setahun je. Lepas tu, aku dah tak yah pergi sekolah dah. Hahahahaha". Lepastu, rasa sedih balik sebab baki cuti tinggal 2 hari je lagi. Rasa macam sekolah tengah melambai-lambaikan tangan ke arah Ina. Uisy, seram.

Sekarang ni, bila teringat je sekolah, Ina mesti akan teringat masalah first day sekolah yang Ina selalu alami. Sedih nak recall balik. Tapi, tak pe lah. Nak kongsi juga.

1. Jadual & Buku

Kebiasaannya, jadual waktu kelas cikgu belum bagi lagi masa hari pertama sekolah. Jadi, timbullah rasa kekeliruan nak bawa buku apa. Logik ke kalau nak bawa semua buku? Buku teks? Buku tulis lagi. Logik tak?

So, adalah permulaan satu tahun yang agak malang untuk Ina yang Ina ingat sampai hari ni.

Cikgu: Okay, keluarkan buku Pendidikan Islam
Ina: Saya tak bawak buku, cikgu
Cikgu: Awak tinggalkan buku dekat rumah nak kasi siapa baca?
Ina: Tapi hari ni first day sekolah kot cikgu *dalam hati lah 

Alhamdulillah, pergelutan tu berakhir dengan Ina pinjam buku kawan Ina. Tapi, rasa sedih gila kot dalam hati ni kena marah time first day sekolah T-T

2. Cikgu Baik Vs Cikgu Garang

Kalau dapat cikgu baik, memang rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sangat-sangat. Tapi, keburukannya, perangai kau akan berubah ke arah yang tak sepatutnya seperti ada syaitan yang bertenggek atas badan kau membisik kata-kata yang boleh menghasut kau supaya tak siap kerja rumah. 

Kalau dapat cikgu garang, masyaallah. Bila kau tak siap kerja rumah atau tak bawa buku, kau akan rasa peluh mengalir pada badan kau. Masa tu lah kau jadi malaikat buat baik kat semua orang & tak berhenti berdoa supaya cikgu tu tak kasi denda duduk luar kelas. Kalau cikgu tu tak datang, confirm kau orang pertama yang duk melompat macam kangaroo & teriak sana-sini macam orang tak betul. 

3. Budak Baru

Mesti dalam kelas ada spesies yang gatai miang-miang kucing tak boleh nampak ada budak baru dia rasa gelisah tak menentu je kan. Masa tu mata masing-masing duk toleh kanan toleh kiri, tengok line clear ke tak. Kalau line clear, ngap! Habislah budak baru tu hahahahaha. 

Kalau pelajar lelaki muka macam Izzue Islam yg masuk; 

Ropeah: Haaa aku cop dia!
Bedah: Dia pakwe aku! 

Mulalah pergaduhan rebut-merebut kata budak baru tu dia yang punya

Kalau pelajar perempuan muka macam Neelofa yang masuk;

Kassim: Nama siapa?
Duduk mana?
Wechat ada?
Facebook? 
Jom lah berkenalan mengeratkan ukhwah

Mengeratkan ukhwah lah sangat.

Tapi, kalau dapat jenis yang tak melayan, mulalah kata "Sombong lah", "Jual mahal lah tu".


Ina berdoa sangat permulaan sekolah tahun ni bermula dengan lancar & jadi tahun yang terbaik sekali untuk Ina bergelar sebagai pelajar tingkatan 4. Mungkin entry ni, entry terakhir sebelum sesi persekolahan bermula. Mungkin je ye, mungkin. Yang penting, sekarang ni, dah nak spm. Kena struggle betul-betul. 

Doakan yang terbaik untuk Ina ♥♥ 

Selamat kembali ke sekolah!

Budak gila cakap bye banyak kali:p
Bye, assalamualaikum.

Sunday, 29 March 2015

Review Pemenang Segmen Zaman Persekolahan by Cik Balqis

Hai assalamualaikum,

Ya Allah. It's been 3 months I didnt update anything on my blog. I cant believe it actually & absolutely, I really miss this blog haih. I wish I have more time to update something on my blog. I have some ideas about my new posts but I dont know how to explain how busy I am right now. I just finished my kursus kenaikan pangkat krs & now I have to prepare  for my UB1 & pertandingan pantun.

For today, I will do a review for segmen zaman persekolahan by cik balqis's winners. First of all, I am really sorry to Cik Balqis & the winners. 

Review Pemenang Segmen Zaman Persekolahan by Cik Balqis


MamaBiha : My Personal Blog

http://satujanjikita.blogspot.com/

Blog yang berkonsepkan warna biru ini memang menyejukkan mata para pengunjung yang singgah di blog ini. Header yang digunakan oleh tuan blog iaitu 'Belog Mamabiha' mempamerkan bahawa tuan blog ini merupakan seorang ibu. Gambar anaknya yang comel yang ada di sidebar bukan sahaja telah menjelaskan mengapa beliau menggunakan gelaran Mama Biha memandangkan nama anaknya ialah Nabihah Insyirah, malah telah menarik perhatian pengunjung yang singgah di blog itu. Jom singgah blog Mamabiha! ♥


XDramaQueen http://ayunirafilah.blogspot.com/
 
Pertama kali Ina jejak ke blog ini, Ina terus jatuh cinta dengan header blog ni. Penggunaan warna & font yang menarik sekali diserikan lagi dengan description-nya iaitu "Kebenaran sebenar hanya boleh dilihat dengan hati, sesuatu perkara yang penting biasanya ghaib daripada mata". Kata-kata tersirat daripada tuan blog iaitu Akak Ayuni Rafilah yang juga merupakan seorang guru yang minat kucing selain suka memasak. Jom singgah blog Kak Ayuni! ♥ 
http://2.bp.blogspot.com/-5B8jphljpr8/VKOHYcjXd4I/AAAAAAAACCM/wWDNNqeRtxM/s1600/edited.jpg 
 http://kameqdeanna.blogspot.com/
 
Blog yang berkonsepkan warna hitam ini dimiliki oleh akak Deanna Morni. Blog ini berkisarkan tentang pengalaman dan pendapat sendiri blog Akak Deanna. Dilahirkan pada 1980 dan bekerja di sektor awam. Antara entrinya yang popular ialah Ikan Tepekong, Jambu & Kicap, dan Udang Masak Kari. Dengar nama entri pun dah best kan? Jadi, jom singgah blog akak Deanna!  ♥ 
 
 
http://quebecity.blogspot.com/
http://quebecity.blogspot.com/
 
Blog yang dinamakan The Talking Diary ini dimiliki oleh Liyana Zulkefly yang juga merupakan rakan sebaya Ina. Hai hai hai!! Telah menceburi dunia blogging selama 2 tahun iaitu sejak February 2012. Blog The Talking Diary ini asalnya dimiliki oleh kakak tuan blog dan blog The Talking Diary ini merupakan blog kedua tuan blog. Jom singgah blog Liyana! ♥
http://amysigadisweird.blogspot.com/
http://amysigadisweird.blogspot.com/
Blog yang sangat kemasini dimiliki oleh akak Amy J yang juga dikenali sebagai Amelia. Tuan blog berusia 23 tahun. Header yang digunakan memang sangat menarik. Sidebar tersusun kemas & pemilihan warna yang tepat. Ina suka sangat blog ni! ♥ Jom singgah blog kak Amy!


No Status
  http://remajarianggg.blogspot.com/
 
Wahh blog bintang ni comel sangat! Kalau kita tengok header pun dah tahu kan? Memang comel. Blog bintang ni bertemakan warna oren/ Owner blog ni bernama Kak Maizan yang umurnya lebih tua
 tahun daripada Ina. Jadi, umur owner ni dalam lingkungan 22 tahun. Blog ni sangat simple & kemas. Kalau singgah blog ni, confirm kepala tak serabut! Jom singgah ^^

Y A Y A  Y U K I 
Blog yang bertemakan warna ungu merah ini dimiliki oleh Kak Yaya Yuki yang umurnya 19 tahun. Bila Ina melangkah masuk blog ni, scroll2, seriously, Ina jeles dengan akak Yaya. Akak Yaya lawa & comel sangat T-T Lagi2 bila tengok gambar Kak Yaya di bahagian sidebar. Rugi siapa tak singgah, tak dapat tengok betapa comelnya Kak Yaya! Jom singgah blog Kak Yaya! 

Sebenarnya Ina dah jatuh cinta dah dengan blog ni T-T Blog yang bertemakan black & white ni dimiliki oleh Akak Nur As. Akak ni sebenarnya sempoi sangat, lagi2 bila Ina tengok ayat disclaimer dia. Ina suka sangat dgn blog ni sbb mainan warna dia. Sebenarnya Ina dah lama teringin nak ada blog black & white, cuma tak reti je. Akhir2 jadi pink juga. Ina salute dgn akak sangat2. Jom singgah blog akak Nur As!

http://duniazumal.blogspot.com/
Blog yang bertemakan hitam merah ni dimiliki oleh Abang Zumal. Abang Zumal ni merupakan salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Apa yang istimewa dengan blog Abang Zumal ni, Ina suka sangat dengan background blog beliau. Background kayu. Memang menyerlah sangat blog Abang Zumal. Sidebar sangat kemas & iklan disusun rapi. Ina suka dengan blog Abg Zumal! Jom singgah sana! 


http://cowament.blogspot.com
http://cowament.blogspot.com
Blog yang sangat comel ni dimiliki oleh, Ina masih tak tahu nama tuan blog ni sebab nama dirahsiakan. Tapi, Ina suka dengan blog ni. Simple, kawai dan sangat kemas. Lagi2 bila tuan blog gunakan warna pink sebagai tema. Ditambah lagi dgn navigate dekat belon tu. Bagi Ina benda tu sangat kreatif & once bila kita klik belon tu, post akan keluar di ruang tepi tu, mcm diary pun ada. Jom singgah blog comel ni! ♥ 

Thursday, 8 January 2015

Perempuan Bila Kena Puji

Hai assalamualaikum,

Perempuan ni, banyak ragamnya. Setiap perempuan, ada ragamnya masing-masing. Ada juga yang kata memahami seorang perempuan lebih sukar daripada memahami pelajaran Add Math? Bunyi macam dahsyat sebab ramai yang kata Add Math tu susah. Tapi, siapa sangka memahami perempuan lagi susah sebenarnya.

Dah baca Perempuan Bila Kena Ngorat? Mana satu reaksi korang?

Kali ni, Ina nak cerita mengenai perempuan bila kena puji pula. Pernah tengok tak, apa reaksi seseorang perempuan tu bila kena puji? Ataupun korang sendiri lah, kena puji oleh kawan-kawan yang lain?

Apa reaksi korang atau perempuan tu?

1. Tersipu malu bak pohon semalu, padahal.....

Pernah tengok pohon semalu? Apa jadi bila kita sentuh dia? Automatik dia terus kuncup kan? Macam tu lah bagi sesetengah perempuan.

*Instagram*
Bedah: Hm soooo pretty 
Ropeah: Eh tak de ler.

*Dalam hati*
Ropeah: Tahu dah. Tok sah bagi tahu. Haih menyampah betul.

Typical okay, typical

2. Kutuk diri sendiri bila kena puji

Ina tengok ada juga yang berlaku benda macam ni. Tak percaya? 

Bedah: Kau ni lawa lah. Aku dah lama dah jeles dengan kau
Ropeah: Apa bendanya! Aku ni dah lah hidung tak mancung. Pipi pun macam pau. Kau ingat aku tak tahu yang kau puji tu tak ikhlas? Ha?! Kau ingat aku tak tau? 

Confirm. Lepas tu, dah insaf dah orang nak puji Ropeah kalau macam ni perangai dia
3. Mengaku je heheheheeee

Bedah: Lawanya kau ni...
Ropeah: Terima kasih 

Sambil dia cakap terima kasih tu, jangan lupa check hidung dia. 
Confirm macam nak kembang tapi ditahan-tahan.

4. Paling tak de perasaan

Bedah: Kau ni, lawa lah aku tengok
Ropeah: Lawak apa kau

Nampak macam biasa. Tapi ada sesetengah orang yg sensitif, dia terasa.
Habis, kecil hati dia. 
Ina pernah kena macam ni. 

5. Bila dah puji tu, bodek lah balik. Ye tak? 

Bedah: Pretty
Ropeah: Thank you. You more ;)

Kadang-kadang jaga hati.
Kadang-kadang ikhlas. 

6. Paling tak mengaku. 

Pernah juga tengok kejadian macam ni. Contoh kalau ada 100 orang komen dia lawa, seratus tu lah dia komen " No, im not. Saya buruk" .

Jual mahal agaknya? 

Apa-apa pun, hati-hati lah bila reply pujian seseorang tu. Daripada gaya kita balas pujian seseorang tu, dah boleh tunjuk macam mana perangai diri kita yang sebenarnya. Tak percaya? Daripada gaya kita reply tu, dah nampak dah kita ni jenis manusia bersyukur ke tak dengan pemberian Allah ataupun kita ni jenis yang tamak, nak lebih. Selain tu, kita juga dah boleh nampak dah dia ni jenis yang pandai jaga hati orang ataupun tak. 

Hati-hati juga bila kena puji, sebab kadang-kadang manusia macam duit syiling. Macam ni.. 

Harapnya, kita semua tak de lah jadi macam ni.. 

Ina harap entry ni, tak kecilkan hati sesiapa.

Ikhlaskan diri bila memuji.
Jaga hati bila balas pujian si pemuji. 

Bye, assalamualaikum.

Tonton Online Gila Baby Full Movie

Tonton Online Big Hero 6

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadocia

Monday, 5 January 2015

Feeling Masa Jadi Newbie

Hai assalamualaikum,

Masih tertanya-tanya kisah Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza? Boleh baca entry sebelum ni.


Ina yakin setiap blogger ada pengalaman menjadi newbie. Tak kira lah blogger tu sekarang dah terkenal ke, suam-suam kuku mungkin? Ataupun masih berpegang konsep newbie? Wallahualam. Yang pasti, setiap blogger pasti ada pengalaman menjadi newbie sama ada pengalaman itu manis untuk dikongsi ataupun pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, Ina sendiri dah 2 tahun bertapak di dunia blogging. Hari ni, Ina nak flash back pengalaman Ina sewaktu menjadi newbie. Korang semua pun ada juga kan pengalaman masing-masing? Cuba ingat balik. Mana tahu kita sama..

Pengalaman Ina menjadi newbie rasanya bercampur baur manis dan pahitnya. Antara feeling masa Ina jadi newbie:

1. Rasa semua orang baca blog kita.

Feeling ni paling sedih sekali sebab rasa macam syok sendiri pun ada. Kebiasaanya, feeling syok sendiri ni, kita boleh tengok daripada gaya penulisan dia.

Hai assalamualaikum,
Sorry lah semalam saya tak update. Mesti awak semua rindu saya kan? 
Saya pun rindu dekat awak, awak, awak dan juga awak. 
Eh, awak lah! 

Entah-entah tak de siapa pun perasan

2. Feeling semua benda orang nak tahu tentang apa yang kita lalui. 

Hai assalamualaikum, 
Hari ni kita pergi pantai. Kita bangun awal-awal, mandi. Air dia sejuk gila. 
Lepastu kita tak tahu nak pilih baju apa. Hehe typical girls. Last2 kita pilih baju pink blink2.
Kita pakai bedak Silky Girl biar melecun gitewww.
Kita naik kereta tepat pada jam 9 pagi. Masa tu burung berkicauan. Matahari mula menyinar.
Kita duduk sit belakang. Abang duduk sebelah kita.
Pastu kita tidur. Lepas kita bangun, tiba-tiba je dah sampai pantai! Yeyayeyeyeye

Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali kepada diri Ina, biasanya Ina letakkan diri Ina sebagai pembaca entry ni. Rasa ada tak orang nak tahu apa yang kita lalui macam ni? 

Kalau yang rajin-rajin lah nak baca. Tapi Ina percaya, ramai yang malas. Ramai lagi blog yang kita nak singgah, nak baca entry dia. Kalau baca entry macam ni, rasanya terlentok terus kot? Lebih baik kalau kita letak point penting je.

3. Setiap perenggan ada 1000 patah perkataan. 

Rasanya, korang semua dah boleh bayangkan kan? Kalau tak, izinkan gambar berbicara. 


Nak scroll pun seram kalau macam ni

4. Tulisan lip lap lip lap penyeri entry

Ni pengalaman Ina yang Ina tak boleh lupa sampai sekarang. Bila tengok boleh letak background untuk setiap perkataan, hati ni rasa ghairah pula. Bila dah ghairah, try lah buat. Eh, berkenan pulak. Maklumlah dulu hati kanak-kanak riang. 

Hai saya sabrina. Saya budak baik.
 
Mesti lepas orang baca entry tu terus rabun warna


Sebenarnya, banyak lagi benda pelik-pelik yang Ina buat masa jadi newbie dulu. Cuma sekarang, bila kerah otak ni suruh ingat, makin blank pula. 

Setiap orang mesti ada pengalaman jadi newbie dulu kan? Cuma sekarang, kita dah pandai sikit macam mana nak mencorakkan entry kita untuk tarik perhatian orang baca. Senang untuk ajak orang singgah blog kita, tapi bukan senang nak suruh orang baca entry kita dari mula sampai penghujungnya. 

Keep blogging ♥ 

Bye, assalamualaikum.

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Atas Pentas Gegar Vaganza

Hai assalamualaikum,
 

Siapa tak kenal blogger dan aktres wanita yang comel molek Hanis Zalikha kan? Malam ni, kita semua dikejutkan dengan lamaran yang telah dibuat oleh Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di atas pentas Gegar Vaganza! Lebih mengejutkan lagi, Hanis Zalikha terima akan lamaran Hairul Azreen itu.

Selama ni, tak sangka langsung yang Hairul Azreen ada hubungan bersama Hanis Zalikha. Bila tengok Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha atas pentas Gegar Vaganza, wow ini berlakon ke? Rupanya bukan berlakon. Betul betul.

Apa-apa pun Ina harap Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bahagia sampai ke jinjang pelamin, timang anak! Tahniah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha! Korang berdua memang sepadan ;)




Saturday, 3 January 2015

Azam 2015?

Hai assalamualaikum,

Hari ni dah 3/1/2015. Rasa agak terlambat ke Ina nak update pasal tahun baru? Tak sangka betul masa bergerak dengan begitu pantas sekali. Meninggalkan Ina yang terhegeh-hegeh di belakang. Tahu-tahu je dah 16 tahun Ina sekarang ni.

Rasa rindu bila teringat kali terakhir Ina jadi kanak-kanak. Bagi Ina, zaman kanak-kanaklah zaman yang paling banyak gelak ketawa bila semua yang kita buat jadi lucu. Semua yang kita buat, kita tak takut salah ke tak sebab orang tahu kita ni budak kecil lagi. Bila buat salah pun, orang boleh maafkan. Rindu.

Tapi hidup mesti diteruskan. Bila dah jejak alam remaja, masuk sekolah menengah baru kenal rupa manusia sebenar. Keinginan nak berkawan dan keinginan untuk mencintai dan dicintai (paling tak boleh bla). Baru kenal siapa kawan siapa lawan. Ada manusia yang bertopengkan haiwan. Ada kawan yang tikam dari belakang. Ada kawan yang masih ada di sisi kita di saat kita jatuh orang tinggalkan kita. Bagi Ina, perjalanan di sekolah menengah lebih kepada mencari persahabatan. 

Bila baca blog orang lain, berkenaan tentang azam, rasa wow apa azam aku untuk 2015? Rasa kecil pula diri Ina ni bila tak de azam lagi. Hidup mesti ada azam, ada cita-cita, ada tujuan. Baru boleh berjaya. Kata orang.

Jadi, nak juga tulis azam 2015! Nak jugak!

AZAM 2015. 
Bismillahirrahmanirrahim,
1) Anak yang solehah untuk Ummi & Walid.
2) Ubah diri ke arah kebaikan ; yakin terhadap kemampuan diri sendiri, jangan tinggi diri bila ada di atas, jangan sesekali sombong, jadi pendengar setia, jadi ringkas sikit tak menyusahkan orang, jaga hati orang.
3) Bab sekolah: Siap kerja sekolah on time, yang paling penting dah kena asah parang untuk SPM nanti, study group start daripada pertengahan form 4, buat yang terbaik, tinggalkan bab cintan cintun ni. Fokus dalam pelajaran.
4) Bab blog: Masih terhutang janji dengan tutorial ukulele T-T Malaih nya kemain tapi tahun depan kita tengok macam mana. 

Alhamdulillah. Tercatat sudah azam 2015 Ina. Tak ada banyak pun. Tapi rasanya semua penting. Harapnya, dapatlah Ina tunaikan. Aminn. 

Point cerita untuk hari ni sebenarnya, tentang azam. Ina tahu, bila masuk tahun baru je, mesti semua orang, tak kira blogger ke, kawan sekolah, sedara, pak cik, mak cik, keluarga, mesti ada azam baru. Ye lah, masuk tahun baru, mestilah nak ubah diri kita ke arah kebaikan. Betul tak? 

Tapi, adakah kita tunaikan semua azam kita? Adakah kita semua seperti............... 

Sehangat tahi ayam?

Ataupun ada yang dah tercapai azam 2014? 

Tak salah untuk kita berazam. Hidup mesti ada azam, cita-cita, tujuan dan matlamat, baru boleh berjaya kan. Yang penting effort kita untuk capai azam kita tu. Tercapai ke tidak, kita berserah kepada Allah. Kita dah buat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. 

Selamat tahun baru dan semoga azam yang korang impikan tercapai! ^^ ♥ 

Bye, assalamualaikum. 

Salam Maulidur Rasul